Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha vaksinasi di kawasan pedalaman dipergiat

PPV Mobile Outreach SK Bukit Arip diharap jayakan imuniti kelompok untuk penduduk

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Harapan kita agar dapat mencapai imuniti kelompok di kawasan ini dan semua rakyat akan sihat (daripada

” jangkitan COVID-19).

Dr Blitzer Biak Mussin

SELANGAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobile Outreach Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip di Selangau diharap akan membantu menjayakan imuniti kelompok untuk penduduk di penempatan kawasan Sungai Arip, Sungai Tau, Sungai Bawang, Sungai Anak dan sekitarnya.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Selangau Dr Blitzer Biak Mussin berkata, dalam tempoh empat hari ini mereka berharap program berkenaan akan mendapat sambutan dan sokongan masyarakat sekitar.

“Harapan kita agar dapat mencapai imuniti kelompok di kawasan ini dan semua rakyat akan sihat (daripada jangkitan COVID-19),” ujarnya semasa program

pemberian vaksin di kawasan terbabit yang dikendalik­an Klinik Kesihatan Selangau kelmarin.

Beliau berkata, seramai 520 orang mendapat suntikan vaksin kelmarin dan pihaknya menyasarka­n sekitar 2,000 penduduk dari lebih 60 rumah panjang di kawasan berdekatan Sungai Arip, Sungai Bawang, Sungai Anak, Sungai Tau dan Kemena akan menerima vaksin.

Dalam pada itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Selangau

Menteri(Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai yang melawat PPV terbabit mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Klinik Kesihatan Selangau atas inisiatif membantu memudahkan penduduk di kawasan luar bandar mendapatka­n vaksin.

“Lokasi strategik Unit Bergerak Pemberian Vaksin di SK Bukit Arip memberi manfaat kepada penduduk sekitar Sungai Bawang, Sungai Tau dan Sungai Arip,” ujarnya.

Sikie berkata, ia memudahkan penduduk terutama warga emas yang sukar untuk bergerak jauh dari kawasan sekitar ke pusat terbabit sekali gus menjimatka­n perbelanja­an untuk ke PPV di Dewan Masyarakat Selangau. Pada masa sama beliau mengingatk­an rakyat agar tidak mempercaya­i maklumat tidak benar atau negatif berkaitan vaksin di media sosial terutama Facebook.

“Tiada cara lain untuk kita mengelak penularan wabak COVID-19 melainkan dengan memberi suntikan vaksin.

“Vaksin bertujuan meningkatk­an antibodi kita.

“Saya berharap semua penduduk di kawasan Sungai Arip, Sungai Bawang dan Sungai Tau hadir mendapatka­n vaksin sepanjang empat hari ini,” katanya.

Beliau berkata, unit bergerak vaksinasi ini merupakan yang kedua diadakan di kawasan DUN Kakus dan lokasi pertamanya di Dewan Masyarakat Punan, Rumah Ado untuk penduduk hulu Kakus.

“Saya berharap kawasan di Mukah akan membuat program yang sama dengan cadangan pelaksanaa­nnya Ladang 4 atau Ladang 3 di Mukah bagi memudahkan penduduk dari kawasan Bawan, Begeri, Sungai Duan/

Lubok Bukut menerima suntikan vaksin,” katanya.

Ujarnya, penubuhan unit bergerak seperti itu akan mempercepa­tkan proses pemvaksina­n semua rakyat di negeri ini dengan kerajaan menyasarka­n setiap rakyat telah menerima suntikan vaksin menjelang

Ogos dengan harapan wabak COVID-19 tidak akan merebak.

Jelasnya, peningkata­n kes yang tinggi dan beberapa kluster di daerah Tatau selepas Gawai adalah akibat tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan KKM.

Turut mengiringi Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Selangau Siti Zaharah Mohamad Mohmood.

Ia merupakan program pertama di daerah Selangau dan program sama akan diperluask­an ke Sepiring dan Sekuau dalam masa terdekat.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos menghargai sokongan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam membantu program vaksinasi di negeri ini.

Kata Minos, penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di UNIMAS sudah pasti mempercepa­tkan lagi proses pemberian vaksin kepada penduduk yang layak di negeri ini.

“Saya telah melawat PPV UNIMAS dan saya sangat berpuas hati dengan kelancaran proses pemberian vaksin di PPV ini.

“UNIMAS telah mengatur pemberian vaksin kepada semua 2,400 kakitangan akademik dan bukan akademikny­a selain orang awam.

“Pada masa ini, PPV UNIMAS ini mampu melaksanak­an pemberian 5,000 vaksin sehari,” katanya.

Minos dalam pada itu percaya kerajaan akan dapat mencapai vaksinasi 200,000 rakyat Malaysia sehari dan menjelang Disember, 80 peratus populasi negara akan menerima dos vaksin.

Sarawak menurut Minos, menyasarka­n 80 peratus pendudukny­a divaksin menjelang Ogos.

Jika tercapai, katanya kita mesti tabik kepada kerajaan dan lekuk jangkitan dapat dilandaika­n.

“Dengan sokongan agensi seperti UNIMAS, inisiatif Sarawak ini pasti tercapai. Semua rakyat kini mahu divaksin secepat mungkin.

 ??  ?? TURUN PADANG: Sikie (kanan) meninjau keadaan proses suntikan vaksin yang dikendalik­an jururawat ke atas seorang warga emas di PPV Mobile Outreach SK Bukit Arip, Selangau.
TURUN PADANG: Sikie (kanan) meninjau keadaan proses suntikan vaksin yang dikendalik­an jururawat ke atas seorang warga emas di PPV Mobile Outreach SK Bukit Arip, Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia