Utusan Borneo (Sarawak)

1,331 lengkapi vaksin di Kapit dan Bukit Mabong

-

SIBU: Seramai 1,331 individu sudah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di daerah Kapit dan Bukit Mabong setakat kelmarin.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kapit Dr Hamidi Sharkawi berkata, angka tersebut merupakan penerima vaksin di kedua-dua daerah berkenaan untuk fasa pertama.

Katanya, daerah Belaga merekodkan pemberian lengkap dua dos vaksin kedua tertinggi iaitu 344 orang, diikuti Song 247 orang dan Asap 292 orang.

“Bagi fasa kedua daerah Kapit dan Bukit Mabong merekodkan 1,543 orang penerima suntikan vaksin dos pertama dan 1,188 dos kedua, diikuti Song (3,388 dos pertama dan 1,250 dos kedua), Belaga (1,533 dos pertama dan 643 dos kedua) serta Asap (3358 dos pertama),” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Dr Hamidi, Unit Bergerak Pasukan Vaksinasi COVID-19 Bahagian Kapit memulakan operasinya secara rasmi pada Isnin lalu untuk melaksanak­an vaksinasi kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Ujar beliau, di daerah Kapit pasukan tersebut telah singgah di Kampung Sawang di mana seramai 539 penduduk telah menerima suntikan vaksin, Kampung Kemaraw (240), SK Lepong Baleh (519), SK Melipis (161), SK Ibau (207), Rumah Kiong, Rumah Remong dan Rumah Unjah (2,400), Rumah Rachman, Rumah Paul dan Rumah Nelson 278.

Dr Hamidi berkata, bagi daerah Bukit Mabong pula, seramai 160 orang di SK Mujong, Rumah Jimbun, Rumah Sumbang dan Rumah Wong telah menerima suntikan vaksin COVID-19 diikuti Rumah

Lamau, Rumah Ingoh, Rumah Ikau, Rumah Manggan, Kem A2 Balleh, Rumah Agang, Rumah Anting dan Rumah Wong (160), SK Tunoh (198) dan SK Oyan Tengah (211).

Manakala di daerah Song, vaksinasi diberikan di Klinik Kesihatan Tekalit yang mana 500 orang sudah menerima dos pertama vaksin.

“Untuk daerah Belaga iaitu di kawasan Punan Bah, seramai 133 individu telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin manakala 200 lagi baharu menerima suntikan pertama dos vaksin COVID-19,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia