Utusan Borneo (Sarawak)

198 lengkap dua dos suntikan vaksin Pfizer di Long Lama

-

KUCHING: Seramai 198 individu telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SJKC Kee Tee di Long Lama, kelmarin.

Ketua Kampung Long Miri Pius Lihan antara yang melengkapk­an dua dos suntikan vaksin di PPV tersebut.

“Saya rasa bersyukur kerana berjaya melengkapk­an dos kedua vaksin dan berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang menjayakan program vaksinasi ini,” katanya.

Sementara itu Ketua

Kampung Sungai Dua Jacob Nawan menggesa masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin bagi menjayakan program vaksinasi itu.

Beliau yang lega sudah menerima dua dos suntikan berterima kasih kepada semua yang menjayakan proses pemberian vaksin berkenaan.

Dalam pada itu bagi melancarka­n proses vaksinasi , laluan khas disediakan di PVV berkenaan untuk penerima vaksin yang memerlukan bantuan sokongan kerusi roda.

Sementara itu di Long Bedian, seramai 111 individu telah menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di PPV Dewan Serba Guna Long Bedian, juga kelmarin.

Proses pemberian vaksin bermula seawal jam 8 pagi dengan kehadiran menggalakk­an daripada penduduk kampung di Long Atip dan Long Bedian.

Mereka terdiri daripada warga emas yang berisiko serta golongan dewasa yang layak dan mendaftar melalui ketua kampung masingmasi­ng di Klinik Kesihatan Long Bedian dan di Pejabat Daerah Kecil Long Bedian.

 ?? — Gambar ihsan Penerangan ?? SUDAH: Sebahagian penerima vaksin merakam kenangan setelah menerima suntikan vaksin.
— Gambar ihsan Penerangan SUDAH: Sebahagian penerima vaksin merakam kenangan setelah menerima suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia