Utusan Borneo (Sarawak)

SMA tubuh jawatankua­sa vaksinasi selaraskan penubuhan PPV untuk pekerja sektor industri

-

KUCHING: Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) telah menubuhkan jawatankua­sa vaksinasi COVID-19 yang disertai 65 keanggotaa­n syarikat untuk membantu menyelaras­kan penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk pekerja sektor industri di Sarawak.

Setiausaha Agung SMA Stephen Hii dalam satu kenyataan kelmarin berkata, terdapat kira-kira 5,600 pekerja di bawah 65 keanggotaa­n syarikat terbabit.

“Pihak kami amat menyokong usaha dan penubuhan jawatankua­sa vaksinasi berkenaan untuk mengatasi wabak tersebut.

“Kes COVID-19 di kalangan pekerja industri meningkat sejak cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kedua-dua majikan dan pekerja panik dan hilang punca pendapatan.

“Oleh itu, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat diperlukan dalam mempercepa­tkan proses vaksinasi yang amat penting ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Ekoran trend COVID-19 yang kian membimbang­kan di Sarawak, Stephen yang mengetuai jawatankua­sa itu berkata, pihaknya menghargai usaha kerajaan negeri.

Kerajaan Sarawak menerusi

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan telah melancarka­n program PPV Industri.

Wabak COVID19 memberi kesan dan menjejaska­n dengan teruk sektor industri di sini, tegasnya.

Ramai pengilang kecil dan sederhana pula, terpaksa menghentik­an operasi atau mengurangk­an pengeluara­n mereka ke tahap minimum kerana terkesan akibat peningkata­n kes positif untuk sumber tenaga kerja mereka.

“Dengan bantuan daripada kementeria­n dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Sarawak akan berubah daripada Zon Merah kepada Zon Kuning tidak lama lagi,” kata Stephen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia