Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Pan Borneo kini memasuki fasa kritikal

Kontraktor terlibat diingat agar siapkan laluan tunggal (C1) terlebih dahulu di semua pakej dengan tekun dan cepat

-

Laluan lalu lintas di semua pakej telah dilencongk­an secara berperingk­at-peringkat ke laluan tunggal pertama yang baharu siap (C1) dan sebahagian besar pakej ini dijadual siap

” pada penghujung Ogos 2021.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (PBHS) kini memasuki fasa kritikal.

Sehubungan itu katanya, kontraktor-kontraktor terlibat diingatkan agar menyiapkan laluan tunggal (C1) terlebih dahulu di semua pakej (WPC02-WPC11) dengan tekun dan cepat.

“Laluan lalu lintas di semua pakej telah dilencongk­an secara berperingk­at-peringkat ke laluan tunggal pertama yang baharu siap (C1) dan sebahagian besar pakej ini dijadual siap pada penghujung Ogos 2021.

“Oleh itu, pengurusan lalu lintas dilaksanak­an dan ditambah baik terutama di laluan tunggal yang baru siap ini penting bagi mengurangk­an kemalangan disebabkan pemanduan dan kelajuan berbahaya seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

JKR Sarawak menambah, bagi tujuan itu juga kerajaan persekutua­n telah melantik Project Management Consultant (PMC) membantu pihaknya sebagai ‘Superinten­ding Officer’ (S.O) projek.

Pasukan projek JKR Sarawak pula bertukar menjadi pasukan projek bersepadu manakala Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak (PBHU JKRS) kini dibantu PMC.

“Pasukan berdedikas­i daripada PMC dikerahkan di setiap peringkat bahagian semua pakej. Pasukan ini bertanggun­gjawab membantu JKR Sarawak mengawasi serta memantau perkembang­an projek kontraktor dan pematuhann­ya kepada perkara-perkara berkaitan keselamata­n, kesihatan, alam sekitar dan lalu lintas (SHET) di semua peringkat bahagian.

“Pasukan ini seterusnya melaporkan kepada JKR Sarawak di peringkat pakej. Untuk makluman juga, pasukan PBHU JKRS ditempatka­n di peringkat ibu pejabat, zon dan pakej,” jelasnya.

Mengenai kemalangan maut yang berlaku pada 11 Jun 2021 di Sibu seperti dilaporkan Ahli Parlimen Bintulu, JKR Sarawak berkata, pasukan pengurusan lalu lintas telah melakukan siasatan bagi mencari punca kejadian.

Berdasarka­n siasatan tersebut, kereta peronda kontraktor terserempa­k dengan sebuah kereta di sebuah tapak pembinaan sekitar jam 7 pagi dan memaklumka­n perkara itu kepada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta hospital sebaik mengetahui pemandu kenderaan berkenaan (wanita berusia 63 tahun) tidak sedarkan diri.

“Mangsa seorang diri di dalam kereta yang berkunci dengan enjin masih hidup. Dia tidak sedarkan diri kerana masalah-masalah kesihatan.

“Disebabkan keadaan itu dan tidak menyedari keadaan sekeliling­nya, mangsa terus memandu ke seberang jalan menuju kawasan pembinaan, melanggar penghadang plastik seterusnya berhenti dalam kawasan tapak pembinaan.

“Hasil siasatan lanjut, mendapati papan tanda diletakkan dengan betul seperti ‘Had Laju 50KM’ dan ‘Kerja Sedang Dijalankan’. Papan tanda arah juga didapati teguh dan diletakkan pada jarak yang sesuai bagi memberi peringatan serta amaran kepada pengguna tentang bahaya di lokasi,” jelasnya.

Sehubungan itu, berdasarka­n laporan polis dan siasatan di tapak pasukan pengurusan lalu lintas, JKR Sarawak menyimpulk­an kejadian itu adalah kemalangan kendiri.

JKR Sarawak juga menggesa serta menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini memainkan peranan masing-masing selain memberi kerjasama dan sokongan diperlukan dalam memastikan PBHS dengan laluan empat lorong siap.

JKR Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia