Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kes dadah

-

KUCHING: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah ditangkap di Kampung Mambong, Padawan kerana disyaki terlibat kes dadah pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, ketiga-tiga suspek ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan.

Menurutnya, kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n menemui dadah disyaki jenis syabu seberat 5.10 gram yang dianggarka­n bernilai RM450,” katanya menerusi satu kenyataan. Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan reman sehingga 18 Jun untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, hasil saringan awal air kencing juga mengesahka­n suspek positif dadah jenis Methapheta­mine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KUCHING: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bumiputera Sarawak yang berminat dalam pengajian bertaraf Australia boleh memohon Skim Bursari BP40 untuk melanjutka­n pengajian di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak).

Skim pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak itu memberi peluang kepada pelajar Bumiputera kelahiran Sarawak untuk memohon program pilihan mereka di peringkat pra-universiti, diploma atau ijazah sarjana muda di Swinburne.

Terhad kepada 100 pelajar setahun,skim itu bertujuan meringanka­n beban kewangan pelajar daripada latar belakang keluarga berpendapa­tan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Dengan skim BP40, jumlah keseluruha­n yuran pendidikan di Swinburne sepanjang tempoh pengajian adalah serendah yuran yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia.

Sebagai contoh, jumlah keseluruha­n program setahun pengajian pra-universiti Swinburne (Swinburne Foundation Studies)dalam bidang perniagaan,reka bentuk, teknologi maklumat/ multimedia atau kejurutera­an/sains adalah sekitar RM5,500 sahaja di mana jumlah ini merupakan potongan 70 peratus daripada yuran asal.

Sementara itu, jumlah yuran bagi program 2.5 tahun Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma of Business Management) atau program 3 tahun Bacelor Perniagaan (Bachelor of Business) adalah sekitar RM18,000 dan program 3 tahun Bacelor Reka Bentuk (Bachelor of Design)pula dianggarka­n berjumlah RM23,000.

Bagi program 3 tahun Bachelor Teknologi Maklumat dan Komunikasi(Bachelor of Informatio­nandCommun­icationTec­hnology) atau Bacelor Sains Komputer(Bachelor of Computer Science), jumlah yuran adalah sekitar RM19,000 dan RM25,000 untuk program 3 tahun Bacelor Sains (Bachelor of Science).

Bagi pelajar yang berminat mengambil program 4 tahun Bacelor Kejurutera­an(Kepujian) atau (Bachelor of Engineerin­g(Honours), jumlah keseluruha­n yuran adalah sekitar RM32,000 manakala untuk program 5 tahun dwiijazah(doubledegr­ee) pula dianggarka­n berjumlah RM38,000.

Di samping itu, pelajar yang berjaya menerima bursari BP40 mempunyai pilihan untuk memohon pinjaman pendidikan daripada Yayasan Sarawak berjumlah RM4,000 setahun.

Dengan adanya bursari dan pinjaman tersebut, pelajar dapat memulakan pengajian di Swinburne dengan yuran sifar.Tambahan pula,pelajar yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif atau CGPA 3.0 ke atas dan CGPA 3.5 ke atas layak menerima rebat ke atas pinjaman masing-masing sebanyak 50 peratus dan 75 peratus.

Penerima skim BP40 Puteri Arissa Abree berkata, bursari itu membuka peluang kepadanya untuk mencapai impian yang dianggapny­a mustahil pada mulanya.

“Selain daripada mendapatka­n pengajian berkualiti bertaraf Australia,saya juga dapat menduduki kursus profesiona­l yang ditawarkan oleh Swinburne Sarawak contohnya, kertas ujian ACCA Profession­al Level atau CPA Profession­al Examinatio­ns pada masa yang sama melanjutka­n pengajian ijazah sarjana muda,” ujar pelajar tahun kedua Bacelor Perniagaan (Perakaunan dan Kewangan) itu.

Bagi pelajar tahun kedua Bacelor Kejurutera­an (Kep ujian)(Mekanikal)Amraphel Wilson pula,skim BP40 telah banyak membantu dia dan keluargany­a terutama keduadua ibu bapanya yang telah bersara.

“Bursari ini bukan sahaja meringanka­n beban kewangan keluarga saya tetapi juga memberi peluang yang amat bernilai kepada saya untuk mendapatka­n ijazah sarjana muda bertaraf Australia pada kos yang berpatutan.

“Saya amat bersyukur kerana dapat melanjutka­n program pilihan sendiri di Swinburne,” komen Amraphel.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bursari BP40,layari swinburne.edu. my/BP40-en,hubungi Kaunselor Pendidikan Swinburne melalui WhatsApp di 0198196353 atau e-mel kepada study@swinburne.edu.my.

Sesi kaunseling peribadi secara dalam talian juga ditawarkan dari Isnin hingga Ahad, jam 10 pagi hingga10 malam.

 ??  ?? AMRAPHEL
AMRAPHEL
 ??  ?? PUTERI ARISSA
PUTERI ARISSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia