Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja disyaki curi telefon bimbit direman empat hari

-

MIRI: Seorang remaja lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri dua unit telefon bimbit kepunyaan seorang penghantar barang diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Kanan Mahkamah Eleanor Mako Timothy setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Hileary Kimon.

Dalam permohonan­nya Hileary memberitah­u, pada 14 Jun lalu seorang pemuda telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 22, mendakwa sekitar jam 9 pagi hari sama, selepas mandi, dia mendapati dua unit telefon bimbit miliknya yang diletakkan dalam bilik sewanya di Jalan Ricemill di sini telah hilang dipercayai dicuri orang yang tidak dikenali.

Pengadu yang kemudian membuat pemeriksaa­n ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki bertatu telah masuk ke bilik sewanya mengambil kedua-dua telefon bimbit miliknya.

Kawan pengadu memberitah­u bahawa dia mengenali lelaki terbabit dan kedua-dua mereka telah pergi ke bilik sewa lelaki terbabit di Jalan Melayu di sini.

Pengadu dan kawan telah membawa suspek ke Balai Polis Pusat Miri setelah dia mengaku mencuri telefon bimbit pengadu.

Dalam permohonan lanjutnya Hileary berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur

Jenayah ke atas suspek yang berusia 18 tahun dari Pujut Corner di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes serta rakan sepenjenay­ah suspek yang masih bebas.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek direman empat hari sehingga 19 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia