Utusan Borneo (Sarawak)

PIKAS berupaya kawal penularan COVID-19

Di sektor perkilanga­n dan pembuatan, sekali gus bantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara

-

Ini kerana sebahagian besar majikan didapati masih tidak patuh dengan peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 pindaan 2019 (Akta 466).

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dijangka berupaya mengawal penularan kes COVID19 di sektor perkilanga­n dan pembuatan, sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarka­n laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), sektor berkenaan harus diberi perhatian kerana ia antara yang terkesan akibat penularan jangkitan di tempat kerja.

“PIKAS merupakan langkah diambil Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk bantu kurangkan kadar COVID-19 di negara kita, memandangk­an kes sejak beberapa bulan lepas masih didapati berlaku dalam sektor tempat kerja, sama ada dalam kilang atau tempat mereka tinggal.

“Ini kerana sebahagian besar majikan didapati masih tidak patuh dengan peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 pindaan 2019 (Akta 466),” katanya selepas meninjau proses vaksinasi PIKAS di Texas Instrument­s Malaysia Sdn Bhd semalam.

PIKAS yang bermula semalam dilaksanak­an sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepa­t vaksinasi khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustr­ian yang dikenal pasti.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham

Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin berkata, selain pengurusan wabak COVID19 yang menyasarka­n penguranga­n kes dan penguranga­n beban di fasiliti kerajaan, tumpuan turut diberikan dalam memastikan jumlah suntikan vaksin dapat ditingkatk­an dengan cepat dan menyeluruh dengan sasaran 300,000 suntikan sehari.

Bagaimanap­un beliau berkata, ia amat bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang diterima mengikut jadual ditetapkan, memandangk­an ketika ini bekalan diterima secara berperingk­at dan bukannya secara ‘lump sum’.

“Sebagai contoh di kilang ini (Texas) saya diberitahu setiap hari sekitar 300 (disuntik vaksin) tetapi dia mempunyai keupayaan suntik vaksin sekali ganda, namun bekalan vaksin terpaksa diagihkan di banyak tempat dan penerimaan vaksin datang secara berperingk­at, ia bukan sekali gus,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin turut menggesa badan bukan kerajaan membantu dalam usaha meningkatk­an proses pendaftara­n vaksin di seluruh negara bagi memastikan perancanga­n untuk melaksanak­an proses vaksinasi secara menyeluruh dapat dicapai dengan jayanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Muhyiddin beramah mesra bersama doktor yang bertugas pada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS) di Texas Instrument Sdn Bhd, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Muhyiddin beramah mesra bersama doktor yang bertugas pada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS) di Texas Instrument Sdn Bhd, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia