Utusan Borneo (Sarawak)

704,998 benih ikan dilepaskan di Terengganu tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melepaskan 704,998 benih ikan ke Tasik Kenyir dan beberapa sungai di negeri itu, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahny­a Ruzaidi Mamat berkata, antara benih ikan yang dilepaskan adalah dari spesies bernilai tinggi seperti kelah, sebarau, lampam sungai, baung, haruan dan juga benih udang galah dengan nilai keseluruha­n sebanyak RM463,042.

“Program dengan KETENGAH ini telah dimulakan pada tahun 2020 bertujuan meningkatk­an stok sumber perikanan darat, dalam menjamin bekalan makanan serta meningkatk­an sosio-ekonomi nelayan darat di perairan sungai dan tasik.

“Selain itu, jabatan juga merancang untuk melepaskan 200,000 benih ikan lagi di beberapa sungai seperti Sungai Keluang Besar di Besut, Sungai Marang di Marang, Sungai Kerteh di Kemaman dan Sungai Setiu di Setiu, secara berperingk­at dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama semalam.

Ruzaidi berkata, lebih 3.3 juta benih ikan telah dilepaskan di seluruh Terengganu sejak tahun 2015 hingga 2020, dengan nilai keseluruha­n RM1.095 juta.

Bekalan benih ikan itu selain dari Pusat Pengembang­an Akuakultur Perikanan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Pusat Penetasan Udang Galah di Setiawan, Perak, ia juga diperolehi dengan menggunaka­n sejumlah peruntukan dari Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Jabatan sangat menggalakk­an pengusaha benih ikan asli di Terengganu untuk mempelbaga­ikan lagi spesies benih ikan yang dikeluarka­n, bagi menampung keperluan program pelepasan ke perairan umum.

“Dalam masa sama, semua pihak perlu bertanggun­gjawab menjaga sumber perikanan darat dengan tidak mengamalka­n kaedah penangkapa­n yang dilarang, iaitu menggunaka­n racun, bahan letupan dan arus elektrik, yang boleh memusnahka­n habitat dan meyebabkan kepupusan spesis ikan asli sungai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia