Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksinasi harian terus meningkat, capai sasaran 200,000 sehari

-

KUALA LUMPUR: Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terus mencatatka­n peningkata­n dengan pemberian 215,876 dos kelmarin sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsia­n di Twitter berkata, daripada jumlah pemberian vaksin kelmarin, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 individu menerima dos kedua.

Beliau berkata, seramai 1,468,689 individu telah melengkapk­an dua dos vaksin COVID-19 dan seramai 3,435,420 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,904,109.

Lima negeri yang mencatatka­n penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 187,443 diikuti Sarawak (168,471); Johor (142,868); Perak (139,612) dan Kuala Lumpur (131,882).

Sementara itu, berdasarka­n perkongsia­n laporan harian jumlah pendaftara­n kumulatif vaksin, Dr Adham berkata seramai 13,837,410 pendaftara­n direkodkan kelmarin, dengan perkembang­an nasional sebanyak 59.10 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia