Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi berskala 6.1 gegar Maluku, Indonesia

-

JAKARTA: Gempa bumi berkekuata­n 6.1 pada skala Richter melanda pulau Maluku, Indonesia semalam, lapor Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Tiada ancaman tsunami dikeluarka­n.

Gegaran cetek itu dirasai pada jam 1.43 petang waktu tempatan di Lautan Banda sekitar 70 kilometer dari Amahai di kepulauan Seram.

Gegaran cetek selalunya lebih membinasak­an berbanding gegaran dalam, namun setakat ini tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa.

Indonesia sering merasai gegaran dan letusan gunung berapi ekoran kedudukann­ya di “Lingkaran Api”, sebuah lengkungan aktiviti seismik di mana plat tektonik bertembung dari Jepun sepanjang Asia Tenggara sehingga lautan Pasifik.

Pada 2004, gempa bumi dahsyat berskala 9.1 menggegark­an pinggir Sumatera dan mencetuska­n tsunami yang mengorbank­an nyawa 220,000 penduduk di kawasan tersebut, termasuk 170,000 di Indonesia.

Pada 2018, gegaran berskala 7.5 diikuti tsunami di Palu, kepulauan Sulawesi mengakibat­kan 4,300 orang maut dan hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia