Utusan Borneo (Sarawak)

California rai ‘hari pembukaan semula’ ketika peraturan COVID-19 ditarik balik

-

LOS ANGELES: California, negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menarik balik perintah duduk-dirumah hanya kurang dari 15 bulan lalu, meraikan “hari pembukaan semula” kelmarin dengan memansuhka­n kebanyakan peraturan penjarakan sosial dan had kapasiti berkaitan dengan pandemik COVID-19.

Penduduk yang sudah divaksin dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka, dengan pengecuali­an di beberapa lokasi termasuk pengangkut­an awam, sekolah dan hospital.

“Akhirnya kita berada di sini, 15 Jun, untuk membuka lembaran baharu, untuk melepasi had kapasiti, melepasi penjarakan sosial dan fizikal,” kata Gabenor Gavin Newsom, pada majlis untuk menandakan “pembukaan penuh ekonomi California”.

Selaras dengan matlamat pembukaan semula 15 Jun, ia membuktika­n pembaikan yang dramatik buat masa depan California.

Negeri barat itu bertindak pantas pada permulaan pandemik namun telah menjadi pusat COVID-19 AS pada musim sejuk lepas.

“Pada suatu ketika, beberapa bulan lepas pada Januari, kita kehabisan beg mayat di California Selatan,” Newson memberi peringatan pada perhimpuna­n di Los Angeles.

“Kita telah menyaksika­n lebih banyak kematian daripada yang pernah kita lihat, dan memegang banyak tangan ahli keluarga yang tidak dapat melawat,” kata jururawat Helen Cordova, penduduk California yang pertama mendapatka­n vaksin pada Disember lepas.

Program pemvaksina­n besar-besaran California telah mengagihka­n 40.5 juta dos, 16 juta lebih banyak berbanding mana-mana negeri AS, mencatatka­n kadar jangkitan perkapita yang terendah selama beberapa minggu lepas.

Namun negeri Demokratik tersebut menerima kritikan keras ekoran perintah yang dikuatkuas­akan terutama daripada Republikan serta pemilik perniagaan yang menggesa pembukaan semula lebih awal.

Newsom kini berhadapan dengan pilihan raya semula hujung tahun ini.

“Negeri ini berpandu kepada sains, kepada data, kepada fakta, kepada bukti pemerhatia­n, bukan ideologi,” kata Newsom tanpa memakai pelitup muka.

“Banyak agenda politik timbul dan malangnya ia berkaitan dengan penggunaan pelitup muka, dan juga program pemvaksina­n,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia