Utusan Borneo (Sarawak)

Periuk api ragut nyawa lapan pelombong emas di utara Chad

-

N’DJAMENA: Lapan pelombong terbunuh apabila kenderaan mereka melalui kawasan periuk api di utara Chad lalu meletup, menurut gabenor tempatan kelmarin.

Tibesti dipenuhi periuk api yang ditanam oleh askar Libya ketika konflik 1980-an antara Chad dan Libya, kata gabenor Ali Maide Kebir.

Sebuah kenderaan dengan 10 pelombong emas telah sesat di kawasan periuk api di Tanoua dan melanggar periuk api, mengorbank­an nyawa lapan orang dan mencederak­an dua yang lain pada Ahad.

Mangsa yang tercedera sudah dimasukan ke hospital, dengan seorang mengalami kelecuran yang lebih parah berbanding seorang lagi. Perkelahia­n sering berlaku di Tibesti, di mana tentera Chad membantera­s perlombong­an haram dan pemerdagan­gan dadah, serta cuba menghalang penceroboh­an oleh pemberonta­k Chad yang menyerang dari sempadan Libya.

Menurut angkatan tentera, presiden lama Chad, Idriss Deby Itno telah dibunuh dalam pertempura­n di negara tersebut pada April ketika mengetuai operasi menentang puak pemberonta­k yang menceroboh negara itu dari Libya melalui Tibesti.

Selepas kematian Deby, yang memerintah negara tersebut dengan kuku besi sepanjang 30 tahun, anaknya yang berusia 37 tahun Mahamat mengambil alih sebagai ketua junta tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia