Utusan Borneo (Sarawak)

Bas terbalik di Mexico, 12 terbunuh

-

CIUDAD VICTORIA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 10 lagi tercedera apabila sebuah bas terbalik di lebuh raya di Mexico kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan.

Sembilan orang maut di lokasi kejadian di negeri Tamaulipas dan tiga lagi meninggal dunia di hospital, kata koordinato­r perlindung­an orang awam, Pedro Granados.

Bas tersebut sedang dalam perjalanan dari sempadan bandar Reynosa ke Monterrey.

Lebuh raya Tamaulipas dianggap antara yang paling berbahaya di Mexico ekoran ancaman penculikan serta pemerasan oleh geng penjenayah.

Namun pihak berkuasa berkata, tidak ada bukti bahawa kemalangan itu dicetuskan oleh penjenayah yang menyebabka­n pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia