Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan dikompaun RM10,000 benar pekerja naik bas melebihi kapasiti

Semua pengangkut­an awam dibenarkan bawa 50 peratus penumpang

-

KUALA LUMPUR: Polis mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 terhadap seorang majikan yang membenarka­n para pekerjanya menaiki bas pekerja miliknya melebihi 50 peratus daripada kapasiti yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan itu dikenakan apabila pihaknya menahan sebuah bas dan mendapati kenderaan itu sedang membawa 34 pekerja tapak binaan warga Bangladesh di Jalan Tun H S Lee, kira-kira jam 7.30 pagi

semalam.

Beliau berkata, semua pengangkut­an awam hanya dibenarkan membawa 50 peratus jumlah penumpang daripada kapasiti penuh kenderaan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Kapasiti bas ini sebanyak 44 penumpang, namun majikan bertindak dengan membenarka­n 34 penumpang menaiki bas iaitu 77 peratus (dan ia melebihi) jumlah kapasiti dibenarkan (dan merupakan) satu kesalahan pelanggara­n SOP PKP.

“Justeru, kami mengeluark­an kompaun RM10,000 kepada majikan. Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikenakan terhadap pemandu bas warga tempatan berumur 40-an atas kesalahan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, semalam.

Beliau mengakui bahawa terdapat segelintir majikan yang masih berdegil dan enggan mematuhi SOP PKP yang ditetapkan pihak berkuasa dengan beranggapa­n perbuatan tersebut boleh dielak daripada dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, Mohamad Zainal mengingatk­an bahawa pihak polis akan sentiasa melakukan pemeriksaa­n terutama secara mengejut bagi memastikan semua pihak termasuk para majikan mematuhi SOP ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n kadar pematuhan di daerah Dang Wangi amat memuaskan dengan peratusan sebanyak 99 peratus dan hanya 102 kompaun dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan yang melanggar SOP sejak 1 Jun hingga hari ini (semalam).

Justeru, kami mengeluark­an kompaun RM10,000 kepada majikan. Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikenakan terhadap pemandu bas warga tempatan berumur 40-an atas kesalahan itu.

ACP Mohamad Zainal Abdullah

Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia