Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga individu diberkas selepas kereta terbabas ke dalam longkang

-

KUALA LUMPUR: Polis berjaya memberkas dua lelaki dan seorang wanita yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaa­n selepas kereta jenis Perodua Bezza dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar berhampira­n Taman Sri Nanding, di Hulu Langat, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata terdahulu, anggota cegah jenayah ternampak kereta bercermin gelap itu dalam keadaan mencurigak­an di Jalan Cheras menghala ke Kajang pada kira-kira jam 5.15 petang, namun pemandunya bertindak memecut kenderaan itu selepas diarahkan berhenti bagi pemeriksaa­n.

“Susulan itu, tiga kereta peronda dikerah membantu mengejar kereta berkenaan dari Jalan Cheras dan berjaya menahan kesemua suspek dengan bantuan penduduk tempatan selepas kenderaan itu terbabas ke dalam longkang.

“Terdapat empat suspek berusia 20 hingga 36 tahun di dalam kereta berkenaan namun seorang daripadany­a berjaya melarikan diri, dan usaha mengesanny­a sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Muhammad Idzam berkata, semakan awal mendapati kedua-dua lelaki dan wanita itu memiliki pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah selain positif terhadap dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon reman bagi membolehka­n ketigatiga mereka disiasat lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia