Utusan Borneo (Sarawak)

Wakaf instrumen kewangan sosial Islam: Raja Muda Perlis

-

KANGAR: Wakaf merupakan satu daripada instrumen dalam kewangan sosial Islam yang mampu memberikan impak ekonomi dan sosial kepada ummah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah potensi wakaf cukup besar untuk dikembangk­an dan ia sesuai dengan keperluan semasa.

“Wakaf mempunyai jangkauan yang sangat luas sama ada dari sudut sumber penyumbang dana mahupun dari aspek penerima manfaat,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semalam.

Menurut kenyataan tersebut, baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan sesi pembukaan ‘Webinar Wakaf 2021

Peringkat Negeri Perlis’ yang dianjurkan dalam talian oleh MAIPs bersama Yayasan Waqaf Malaysia serta Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah Majlis Agama Islam di setiap negeri yang telah diberikan amanah sebagai Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf harus diberikan kepercayaa­n penuh dalam melaksanak­an fungsi dan peranannya seiring dengan peruntukan undang-undang yang dijamin oleh Perlembaga­an negara.

Baginda berharap webinar ini dapat memberikan gambaran jelas berkaitan pengurusan wakaf yang dilaksanak­an dengan penuh amanah dan berdedikas­i oleh Majlis Agama Islam Negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia