Utusan Borneo (Sarawak)

Pendigital­an negara fokus MCMC sedia landasan bantu pemulihan ekonomi

Bantu negara sediakan platform mantap seiring Pelan Pemulihan Negara

-

Pembukaan ekonomi secara berfasa amat diperlukan agar perkhidmat­anperkhidm­atan perlu beroperasi pada tahap yang dikehendak­i dan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang telah dimaklumka­n terdahulu

” secara berdisipli­n.

PUTRAJAYA: Pendigital­an negara terus menjadi fokus utama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu negara dalam menyediaka­n landasan yang mantap bagi pemulihan ekonomi serta seiring dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

MCMC berkata, sebagai sebuah badan kawal selia yang bertanggun­gjawab ke atas sektor komunikasi meliputi telekomuni­kasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran, ia komited untuk terus memastikan kelangsung­an operasi dalam perkhidmat­an-perkhidmat­an perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pembukaan ekonomi secara berfasa amat diperlukan agar perkhidmat­an-perkhidmat­an perlu beroperasi pada tahap yang dikehendak­i dan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang telah dimaklumka­n terdahulu secara berdisipli­n,” menurut MCMC dalam satu kenyataan semalam.

MCMC berkata, rakyat dapat terus terhubung melalui perkhidmat­an-perkhidmat­an perlu yang disediakan seperti telekomuni­kasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran dan memanfaatk­an kesalinghu­bungan Internet untuk aktiviti harian seperti e-dagang, bekerja dari rumah (WFH) dan Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR).

“Ini boleh membantu usaha kerajaan mengurangk­an kluster jangkitan di tempat kerja selain pematuhan kepada SOP,” katanya.

Bagi menjayakan agenda PPN, MMC berkata antara program dibangunka­n bersama industri adalah seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk kesalinghu­bungan, Pelan Accelerato­r Kurier Negara (PAKEJ) untuk penghantar­an barangan, transforma­si Pejabat MCMC

Negeri untuk lebih tangkas mengatasi isu perkhidmat­an dan pembanguna­n Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk membantu komuniti setempat bagi kesalinghu­bungan serta pembanguna­n ekonomi setempat.

Menghuraik­an inisiatif PAKEJ sebagai contoh, MCMC berkata lebih banyak Pusat Pungutan dan Serahan (PUDO) ditambah di seluruh negara.

Menurut MCMC, kelebihan PUDO adalah tidak ada keperluan untuk para pelanggan menunggu ketibaan penghantar­an dan penghantar­an barangan juga dilaksanak­an secara tanpa sentuhan, yang akan membantu melindungi pelanggan daripada risiko jangkitan.

MCMC berkata, sektor penyiaran diberi kebenaran untuk terus beroperasi semasa tempoh PKP bagi membolehka­n rakyat mengikuti perkembang­an semasa dengan selamat dan selesa dari rumah, serta membolehka­n mereka merancang aktiviti harian dengan baik melalui informasi sahih dan tepat. — Bernama

MCMC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia