Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan Pemulihan Negara diyakini strategi penuh keluar daripada kemelut COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) yakin Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin adalah satu strategi penuh peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID19.

AmanahRaya dalam satu kenyataan semalam menyatakan sokongan penuh kepada pelan itu yang diyakini bakal mengembali­kan keadaan ekonomi dan sosial negara kepada sediakala.

“AmanahRaya mengambil maklum mengenai keperluan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan tindakan kesihatan awam yang masih diteruskan.

“Dengan perkembang­an positif kadar vaksinasi negara yang kini telah mencapai sebanyak 4.2 juta dos, AmanahRaya optimis penurunan kes COVID-19 dalam komuniti dan nilai ambang ditetapkan akan dapat dicapai dengan lebih cepat daripada yang dijangkaka­n,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, AmanahRaya meminta agar orang ramai bersama-sama untuk terus menerapkan amalan disiplin tinggi selaras saranan kerajaan supaya kes harian dapat dikawal sepenuhnya, seterusnya dapat membantu negara mencapai imuniti kelompok serta berjaya keluar daripada krisis ini secepat mungkin,” jelas kenyataan itu.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata pelan itu diyakini dapat mengembali­kan penghidupa­n harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidanga­n Parlimen pada September atau Oktober.

Muhyiddin berkata, pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingk­at.

Sementara itu, rakyat Terengganu akan mendapat rawatan perubatan wad kelas tiga secara percuma di semua hospital kerajaan di negeri ini bermula Julai ini.

Exco Kesihatan Negeri Dr Alias Razak berkata, manfaat yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.7 juta setahun ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Manfaat tersebut merangkumi bayaran katil, makan minum harian dan rawatan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Namun ia tidak terpakai kepada pesakit yang berpindah daripada kelas dua atau satu ke kelas tiga yang mungkin sebelum ini ditanggung oleh majikan dan syarikat insurans. Rawatan seperti implan juga tidak termasuk, namun pesakit kurang berkemampu­an boleh memohon bantuan kepada pihak berkaitan seperti di Terengganu kita ada Tabung Darul Iman,” katanya dalam sidang media di sini semalam.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia