Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC harap pelanconga­n domestik kembali rancak fasa keempat PPN

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap aktiviti pelanconga­n domestik kembali rancak selepas kerajaan mempertimb­angkan untuk membenarka­n aktiviti pergerakan rentas negeri dalam fasa keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang dijangka pada November ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia juga tertakluk kepada bilangan kes COVID-19 rendah, sistem kesihatan awam berada di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti kelompok.

Beliau berkata, MOTAC telah mencadangk­an kepada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar pemberian suntikan vaksin dilaksanak­an secara berfasa bermula dengan 30,530 tenaga kerja dalam beberapa sub-sektor perkhidmat­an pelanconga­n yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Perkara ini penting kerana tenaga kerja dalam sektor pelanconga­n perlu bersamasam­a dengan seluruh rakyat Malaysia untuk mempunyai daya ketahanan diri melawan virus COVID-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nancy berkata, MOTAC telah mengambil inisiatif menawarkan fasiliti atau aset yang bersesuaia­n di bawah kementeria­n itu untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) sekiranya diperlukan MOSTI bagi mempercepa­tkan proses vaksinasi, dan antara lokasi yang dikenal pasti boleh dijadikan PPV ialah Kompleks Kraf, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Hotel Seri Malaysia di seluruh negara.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia