Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kilang lari belakang premis takut diberkas pihak berkuasa

-

KULAI: Sekumpulan pekerja sebuah kilang memproses alat ganti basikal bertempiar­an lari ke belakang premis itu dan memanjat pagar sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa yang menjalanka­n operasi mengejut di Taman Perindustr­ian Senai, di sini, tengah hari semalam.

Bagaimanap­un seorang daripada mereka mengalami sesak nafas dan menyebabka­n cubaannya untuk melarikan diri bersama kumpulan itu gagal, lalu dibawa berkumpul bersama-sama pekerja lain di dataran kilang itu oleh pihak berkuasa.

Tindakan itu disaksikan sekumpulan pengamal media yang membuat liputan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kilang berkenaan, yang melibatkan 40 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Perbandara­n

Kulai.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Johor ACP Abdul Aziz Ali berkata susulan operasi, kilang itu diarah tutup tujuh hari bermula semalam dan dikompaun RM20,000 kerana membenarka­n kehadiran pekerja melebihi 60 peratus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kita dapati jumlah pekerja hari ini ramai dengan kehadiran 257 orang berbanding 162 orang yang dibenarkan mengikut SOP,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, enam pekerja kilang masing-masing turut dikompaun RM1,500 seorang kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahter­a.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Pegawai polis memeriksa sebuah kilang memproses alat ganti basikal, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Pegawai polis memeriksa sebuah kilang memproses alat ganti basikal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia