Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan rancang laksana tindakan pencegahan pantas

Kekang sebarang aplikasi mahupun permainan dalam talian punyai unsur eksploitas­i, jenayah terhadap kanak-kanak

-

“Perlunya akta perundanga­n dengan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan eksploitas­i kanak-kanak terutamany­a kepada pesalah-pesalah yang merupakan tokoh

” masyarakat yang berpengaru­h.

Datuk Seri Rina Mohd Harun

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PUTRAJAYA: Kerajaan merancang untuk melaksanak­an tindakan pencegahan yang pantas melalui platform dalam talian bagi mengekang sebarang aplikasi mahupun permainan dalam talian atau laman web yang mempunyai unsur eksploitas­i serta jenayah terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-Isu Sosial KanakKanak di Media Sosial yang dipengerus­ikannya kelmarin, bagi merangka inisiatif dan tindakan membendung isu pengantuna­n kanak-kanak dan kandungan lucah melalui media sosial.

Turut diputuskan ialah untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran kanakkanak dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Polis Diraja Malaysia dan agensi lain dengan menghasilk­an video kesedaran pencegahan jenayah terhadap kanakkanak bagi tayangan umum, serta melaksanak­an kempen atau penerangan yang lebih jelas.

“Perlunya akta perundanga­n dengan hukuman yang lebih berat bagi kes

alahan-kesalahan eksploitas­i kanak-kanak terutamany­a kepada pesalah-pesalah yang merupakan tokoh masyarakat yang berpengaru­h,” katanya dalam kenyataan semalam mengenai mesyuarat itu.

Baru-baru ini, seorang pengasas produk kosmetik bersama rakannya ditahan reman berhubung dakwaan pengantuna­n kanak-kanak dan kandungan lucah melibatkan dua kanak-kanak lelaki berumur 14 dan 15 tahun melalui Instagram live, dan kanak-kanak itu juga dikatakan telah diajar mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape serta bahan terlarang lain.

Kes itu sedang dalam tindakan siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Perbuatan berkomunik­asi secara seksual dengan kanakkanak, pengantuna­n kanakkanak dan amang seksual bukan fizikal adalah kesalahan jenayah di bawah seksyen 11, 12 dan 15, Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM20,000 dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.

Rina turut menyeru masyarakat supaya tidak menularkan video kanakkanak berkenaan demi menjaga identiti kanak-kanak yang terlibat dan mengelakka­n mereka menjadi mangsa buli siber.

Beliau berkata, tinjauan pendapat Bulan Keluarga Kebangsaan yang dilaksanak­an Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara mendapati tahap kesedaran kawalan ibu bapa terhadap penggunaan Internet anak-anak menurun daripada 62.5 peratus pada tahun 2018 kepada 53.3 peratus pada 2020.

“Ibu bapa diseru memainkan peranan penting memastikan pengawasan dan kawalan terhadap kanak-kanak terutamany­a terhadap penggunaan gajet iaitu melalui ‘parenting tools’ atau aplikasi berkaitan keibubapaa­n dalam talian sedia ada yang boleh dipercayai dan dimuat turun menerusi Google Play dan Apple Store,” katanya.

Rina juga meminta masyarakat untuk segera membuat laporan kepada pihak PDRM ataupun Talian Kasih 15999 apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes eksploitas­i kanak-kanak melalui media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia