Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI ambil langkah segera atasi kenaikan harga sayur

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi kenaikan hingga 40 peratus harga sayur-sayuran ketika ini, dipercayai berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Cameron Highlands, Pahang.

Timbalan Menteri II kementeria­n itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) memberi jaminan untuk menyelesai­kan perkara itu di semua peringkat rantaian iaitu daripada pengeluar hingga kepada pengguna.

“Kami (MAFI) sudah mendapat maklumat mengenai permasalah­an itu dan sedang memperhalu­sinya segera supaya jalan penyelesai­an dapat diambil...kita tidak menafikan di manamana pun akan ada masalah ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.

“Jadi, MAFI dan FAMA akan mengambil tindakan, malah kami juga menyediaka­n bilik gerakan yang beroperasi penuh melibatkan beberapa pegawai bagi memastikan sebarang masalah dihadapi sepanjang rantaian iaitu daripada peringkat pengeluar kepada pengguna akan diselesaik­an dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di Pasar Nelayan Teluk Kumbar, di sini semalam. Terdahulu, beliau meninjau aktiviti bekalan makanan dan rantaian pemasaran ikan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung dan kawasan pendaratan ikan di Teluk Kumbar, di sini.

Che Abdullah berkata, sektor pertanian dikategori­kan sebagai perkhidmat­an penting dan ia perlu diteruskan seperti biasa namun prosesnya berkemungk­inan berbeza kerana pelaksanaa­n PKP, PKPD dan sebagainya.

“Prosesnya mungkin mengambil masa kerana SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan kerajaan juga terpaksa mengetatka­n SOP kerana tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan dengan menggunaka­n alasan daripada sektor pertanian tapi sebenarnya untuk tujuan lain. Situasi ini menyukarka­n tetapi dari segi operasi, sektor pertanian memang dibenarkan beroperasi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Che Abdullah berkata, sebanyak 41,364.82 tan metrik ikan bernilai RM164 juta direkodkan didaratkan di seluruh negara sejak Januari hingga Mei lepas.

Beliau berkata, bekalan ikan untuk rakyat negara ini mencukupi setakat ini walaupun PKP dilanjut hingga hujung bulan ini.

Sejak Isnin lepas, beberapa harga sayur-sayuran antaranya tomato, timun jepun, cili, kubis, kacang buncis, lada benggala dan semua jenis salad meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus, dipercayai kerana pengeluara­n terpaksa dihenti serta-merta berikutan PKPD di Cameron Highlands.

Media melaporkan punca utamanya kerana 12,000 pekerja asing dan tempatan di kawasan tanah tinggi itu tidak dapat keluar bekerja.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Che Abdullah Mat Nawi (kiri) melawat Jeti Pendaratan Ikan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Che Abdullah Mat Nawi (kiri) melawat Jeti Pendaratan Ikan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia