Utusan Borneo (Sarawak)

Lega, program imunisasi petugas barisan hadapan ekonomi bermula

-

NIBONG TEBAL: Individu dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang boleh menarik nafas lega apabila program imunisasi COVID19 untuk petugas barisan hadapan ekonomi diterajui Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan disokong oleh Micron Malaysia, bermula semalam.

Naib Presiden dan Pengurus Negara Micron Malaysia Amarjit Singh Sandhu berkata, Kluster Vaksinasi Taman Perindustr­ian Batu Kawan di sini, menyokong Program Imunisasi Industri COVID19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang dilancarka­n MITI.

“Kami menghubung­i MITI berhubung inisiatif ini dan mereka memilih kami untuk menerajui pelaksanaa­n rintis di wilayah utara Malaysia. Terdapat keseluruha­n 21 syarikat yang menjalin kerjasama di bawah model ini.

“Ini adalah bukti keutamaan sektor pembuatan dalam memastikan keselamata­n anggota pasukannya. Kita semua mempunyai matlamat yang sama untuk memastikan semua orang divaksinas­i,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Untuk lima hari pertama, Micron Malaysia, sebuah entiti di bawah Micron Technology Inc yang disenaraik­an di Nasdaq, akan mengatur 2,200 pekerjanya untuk mendapatka­n suntikan vaksin.

Amarjit berkata sebaik semua petugas mereka termasuk pengawal keselamata­n, pekerja pembersiha­n, pengendali kantin serta kontraktor mendapat vaksinasi, syarikat berikutnya di bawah Kluster Vaksinasi Taman Perindustr­ian Batu Kawan, akan memberikan suntikan kepada petugas mereka.

Beliau berkata, wujud cabaran sebelum pusat itu beroperasi, bagaimanap­un, mereka berupaya mengatasi masalah itu hasil kerjasama daripada semua pihak berkepenti­ngan.

“Mengendali­kan vaksin dan mengatur individu untuk mendapat suntikan adalah antara cabaran yang kami hadapi tetapi kami berjaya melaluinya dengan pihak berkepenti­ngan masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia