Utusan Borneo (Sarawak)

Spesifikas­i telefon pintar diedar kepada pelajar B40 melalui program TCS mencukupi bagi tujuan PdPR

-

IPOH: Spesifikas­i telefon pintar yang diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) seperti yang tular kononnya berkualiti rendah, adalah mencukupi bagi membantu golongan itu mengikuti pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR).

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihak Yayasan YTL selaku penyumbang kesemua telefon pintar berkenaan telah memberikan penerangan sebelum ini kepada kerajaan negeri, yang telah berpuashat­i dan setuju ia memang mencukupi untuk sesi pembelajar­an.

“Kerajaan negeri telah memanggil mereka untuk memberi taklimat semasa mesyuarat Exco dan mesyuarat berpuas hati dengan sumbangan yang baik itu, selepas sampel turut ditunjukka­n yang mana dalam pengetahua­n kami memang ia telefon pintar yang ada kemudahan mencukupi.

“Ia juga telah digunakan secara meluas oleh pelajar di seluruh negara, jadi kita terima tawaran itu secara percuma tanpa sebarang bayaran… tidak cantiklah tolak orang bagi sumbangan,” katanya pada sidang media secara maya di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab isu tular yang mempertika­ikan kualiti telefon pintar yang diberikan menerusi program TCS, termasuk dakwaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kerajaan sengaja memberikan telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar, kerana beranggapa­n mereka akan menggunaka­nnya bagi tujuan lain seperti bermain permainan video.

Ia susulan kenyataan

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud pada Isnin lepas yang dilaporkan berkata, sebanyak 20,000 unit telefon pintar yang akan diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program TCS, adalah bertujuan bagi memudahkan persiapan menghadapi peperiksaa­n dan bukannya untuk permainan telefon.

Dalam pada itu, Saarani menasihatk­an pelajar terlibat supaya menerima sumbangan Yayasan YTL itu kerana amat bermakna, dan dapat membantu ribuan anak golongan susah yang tiada peranti untuk mengikuti PdPR.

“Yayasan YTL mempunyai telefon pintar jenama Yes yang telah dikeluarka­n sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lepas, dan telah berada di pasaran sebanyak 100,000 unit serta diberi sebagai sumbangan kepada pelajar seluruh Malaysia, jadi mereka juga jumpa saya untuk beri sebanyak 20,000 unit kepada anak-anak orang susah di Perak.

“Kerajaan negeri telah terima sebanyak 13,000 unit telefon pintar berkenaan, yang sudah mula diedarkan kepada pelajar yang disenaraik­an oleh pejabat pelajaran daerah masingmasi­ng, dengan dilengkapi pelan data untuk 12 bulan, jadi saya tidak pasti punca ada pihak yang mempertika­ikan sumbangan percuma ini,” katanya.

Beliau amat berterima kasih kepada Yayasan YTL atas sumbangan itu, dan mengalu-alukan manamana syarikat yang ingin berkolabor­atif bagi membantu golongan memerlukan dalam sebarang bentuk bantuan bagi tujuan pelajaran. Sementara itu, Saarani memaklumka­n pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di sini tidak beroperasi pada hari ini (semalam), kerana tiada pemberian vaksin COVID19 dos kedua berikutan ia telah ditutup pada Hari Wesak, 26 Mei lepas iaitu selepas 21 hari, tetapi akan kembali dibuka pada esok (hari ini).

Ditanya mengenai kenaikan harga sayur, Saarani menasihatk­an peniaga di Perak supaya tidak mengambil kesempatan ketika rakyat sedang dihimpit kesusahan, susulan pelaksanaa­n PKP dengan menaikkan harga sayuran terlalu tinggi.

“Orang ramai perlu menggunaka­n kuasa pembeli dengan tidak membeli pada peniaga yang menjualnya dengan harga mahal, jadi gunalah kuasa pengguna dalam ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia