Utusan Borneo (Sarawak)

Malam Wartawan Malaysia 2021 ditangguhk­an

-

KUALA LUMPUR: Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang dijadualka­n berlangsun­g pada 20 Ogos ini terpaksa ditangguhk­an susulan pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana semasa fasa kedua pelan tersebut selama dua bulan pada Julai dan Ogos 2021, kerajaan masih menutup sektor sosial yang melarang penganjura­n pelbagai kegiatan sosial membabitka­n kehadiran ramai seperti MWM 2021.

Beliau berkata, majlis penyerahan cek dalam kalangan penaja dan penyumbang MWM 2021 yang dijadual pada 8 Julai ini turut ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

“Keputusan penangguha­n kedua-dua majlis ini dibuat setelah berbincang dengan Ahli Majlis Pentadbir MPI. “Tarikh-tarikh baharu bagi penganjura­n majlis penyerahan cek para penyumbang MWM 2021 dan MWM akan diputuskan dalam waktu terdekat setelah Majlis Keselamata­n Negara mengeluark­an butiran terperinci mengenai penganjura­n pelbagai kegiatan sosial yang dibenarkan selepas fasa kedua Pelan Pemulihan Negara yang berakhir pada Ogos 2021,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Chamil berkata, MPI akur dengan keputusan kerajaan demi memastikan jangkitan wabak COVID-19 yang masih mengganas dapat dikawal dan rantaianny­a berupaya diputuskan.

“Kami berharap MWM 2021 bagi menyampaik­an hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawan­an Malaysia 2020 (HKM 2020) tajaan Petronas akan dapat diadakan pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara selepas bulan September 2021 apabila kerajaan dijangka mula membenarka­n penganjura­n sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia