Utusan Borneo (Sarawak)

Kelayakan Piala Dunia 2022 tumpuan di Zon Asia

14 perlawanan dilangsung­kan di seluruh benua Asia dengan Qatar sudah layak selaku tuan rumah

-

DOHA: Iran, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), mendahului kumpulan masing-masing untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Zon Asia untuk Piala Dunia 2022 pada Selasa.

Pada hari sibuk dengan 14 perlawanan berlangsun­g di seluruh benua Asia, Iraq, Oman, China, Vietnam dan Lubnan, juga meneruskan kemaraan selepas menamatkan saingan sebagai lima naib juara kumpulan terbaik.

Syria, Jepun, Korea Selatan dan Australia, sudah awal mengesahka­n tempat ke pusingan terakhir kelayakan bagi Zon Asia, di mana hanya empat pasukan yang akan layak secara automatik ke Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022.

Qatar, yang menjuarai Kumpulan E, tidak akan bermain di fasa terakhir kelayakan kerana mereka sudah layak selaku tuan rumah.

Iran menewaskan Iraq 1-0 di Bahrain untuk menjuarai Kumpulan C sementara UEFA menewaskan Vietnam 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan G di Dubai.

Untuk layak, Iran dan UAE perlu menjuarai kumpulan masing-masing, yang hanya ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan masingmasi­ng. Sardar Azmoun meletakkan Iran di hadapan pada minit ke-35 di Stadium Sheikh Ali bin Mohamed al-Khalifa di Muharraq.

Penyerang kelab Zenit Saint Petersburg, yang memainkan peranan penting untuk pasukannya sejak kempen kelayakan disambung semula, menolak bola dari jarak dekat selepas kapten Iran, Ehsan Hajsafi melakukan gerakan dari sayap kiri sebelum melakukan hantaran lintang cantik.

Kedua-dua pasukan kemudian mensia-siakan beberapa peluang sebelum Iran bertahan untuk menjuarai kumpulan dengan 18 mata, sementara Iraq terpaksa akur dengan 17 mata.

Di Dubai, Vietnam mensiasiak­an kelebihan dua mata di tangga teratas kumpulan sebelum sepak mula apabila tewas kepada UAE menerusi gol Ali Salmeen dan Ali Mabkhout

dalam separuh masa pertama.

Mahmoud Khamis menjadikan kedudukan 3-0 lima minit selepas rehat sebelum Vietnam melancarka­n kebangkita­n lewat dengan dua gol dari Nguyen Tien Linh dan Tran Minh Vuong tetapi ia terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan dan memberikan UAE kelayakan ke pusingan ketiga.

China juga memerlukan kemenangan pada perlawanan terakhir mereka dan mereka melakukann­ya dengan selesa apabila menewaskan Syria 3-1.

Zhang Xizhe, Wu Lei dan Zhang Yuning menjaringk­an gol untuk China di Sharjah sementara gol sagu hati Syria dijaringka­n Aias Aosman.

Pada perlawanan lain, Salman al-Faraj menjaringk­an dua gol ketika Arab Saudi membelasah Uzbekistan 3-0 untuk menjuarai Kumplan D.

Ali al-Hassan menjaringk­an gol ketiga dalam separuh masa kedua.

Australia menewaskan Jordan 1-0 untuk mencipta rekod kemenangan kelapan berturut-turut pada fasa kedua kelayakan.

Ado Onaiwu menjaringk­an hatrik dalam tempoh enam minit dalam separuh masa pertama ketika Jepun menguasai Kumpulan F dengan membelasah Republik Kyrgyz 5-1 di Suita, Jepun sementara aksi lain dalam kumpulan yang sama menyaksika­n Tajikistan menewaskan Myanmar 4-0 di Osaka untuk menduduki tangga kedua.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar bagi Zon Asia di antara Jepun dan Republik Kyrgyz di Osaka, Jepun.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar bagi Zon Asia di antara Jepun dan Republik Kyrgyz di Osaka, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia