Utusan Borneo (Sarawak)

Scotland lega Tierney dapat turun beraksi

-

LONDON: Harapan Scotland untuk menurunkan Kieran Tierney menjelang pertemuan penting menentang England pada perlawanan Euro 2020 Jumaat ini kelihatan cerah apabila pemain pertahanan kelab Arsenal itu kembali menjalani latihan.

Ketiadaan Tierney jelas dirasai apabila Scotland tewas 0-2 kepada Republik Czech pada Isnin, perlawanan pertama mereka pada kejohanan antarabang­sa sejak 23 tahun.

Jurulatih Scotland, Steve Clarke, menggambar­kan kecederaan pemain berusia 24 tahun itu sebagai “kecil” menjelang perlawanan menentang Czech sebelum ini.

Beliau sudah kembali menjalani latihan di kem latihan Scotland yang terletak di timur laut England.

“Beliau ada menjalani latihan ringan dan kita akan melihat perkembang­an beliau. Beliau mempunyai peluang untuk diturunkan,” kata Clarke.

Menurunkan Tierney adalah penting jika Scotland mahu mencipta kejutan di Wembley.

Tanpa Tierney, Clarke kehilangan pemain pertahanan tengah berkualiti untuk formasi kegemarann­ya 3-5-2, yang terdedah pada permulaan mengecewak­an mereka pada kejohanan ini.

Bagaimanap­un, Clarke mahu menjelaska­n bahawa peluang Scotland untuk melepasi pusingan pertama masih ada.

“Pemain tetap yakin, tenang dan tahu apa yang mereka mahu lakukan,” kata beliau.

“Kami perlu mendapatka­n mata untuk keluar dari kumpulan ini dan kami masih mempunyai peluang untuk melakukann­ya.

“Semua gambaran buruk selepas kekalahan ini seharusnya dilupakan kerana kami mempamerka­n prestasi yang baik. Tugas saya ialah menganalis­a prestasi dan malangnya orang hanya melihat kepada keputusan perlawanan.

“Mereka adalah kumpulan pemain yang berazam untuk melakukan yang terbaik untuk negara mereka. Saya fikir ia ditunjukka­n dalam beberapa perlawanan terakhir. Kami mahu terus belajar dan terus meningkatk­an prestasi.

“Kadang-kadang anda memerlukan keputusan negatif untuk bangkit lebih kuat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia