Utusan Borneo (Sarawak)

Medvedev tewas di tangan Struff dalam Kejohanan Halle

-

BERLIN: Pemain ranking nombor dua dunia, Daniil Medvedev, dikejutkan pada pusingan pertama kejohanan ATP Halle di sini pada Selasa apabila tewas kepada Jan-Lennard Struff dari Jerman.

Struff, pemain ranking ke45 dunia, bangkit dari ketinggala­n 2-5 pada set pertama untuk menang 7-6(8/6) dan 6-3 ke atas jaguh dari Rusia, yang merupakan pilihan pertama kejohanan di sini.

“Ini adalah kemenangan terbesar, berdasarka­n kedudukan ranking dalam kerjaya saya dan melakukann­ya di tanahair sendiri adalah sangat istimewa. Saya tinggal hanya satu jam perjalanan dari sini,” kata Struff, 32, selepas kemenangan pertama dalam kerjayanya dari empat pertemuan menentang Medvedev.

Dengan kemenangan itu, Struff akan menentang pemain kelayakan dari Amerika Syarikat (AS), Marcos Giron di pusingan kedua.

Struff berkata kemaraanny­a ke pusingan 16 akhir di Terbuka Perancis sebelum tewas kepada Diego Schwartzma­nn, telah meningkatk­an keyakinann­ya.

Struff berharap untuk satu lagi pencapaian memberangs­angkan pada kejohanan di tanahairny­a selepas melangkah ke final pada kejohanan di Munich bulan Mei lepas.

Bintang veteran, Roger Federer, yang akan mencecah usia 40 tahun pada bulan Ogos ini, akan menentang Felix Auger-Aliassime di pusingan kedua selepas pemain dari Kanada itu menewaskan Hubert Hurkacz dari Poland 6-3 dan 7-5.

Pada perlawanan lain, pilihan ketiga kejohanan, Alexander Zverev, berasa gembira dengan perlawanan pertama beliau pada musim di permukaan rumput selepas menewaskan rakan senegara dari Jerman, Dominik Koepfer 6-4, 3-6 dan 6-3. “Ia tidak terlalu teruk dengan hanya dua hari persediaan tetapi saya masih perlu mencari rentak permainan saya,” kata Zverev.

Pemain ranking keenam dunia itu akan menentang Ugo Humbert dari Perancis di pusingan kedua.

Pilihan keempat, Andrey Rublev, bermain perlawanan pertama beliau di permukaan rumput sejak dua tahun apabila menewaskan rakan bergu, Karen Khachanov 6-3 dan 76(7/5) di pusingan pertama.

Pemain dari Afrika Selatan, Lloyd Harris, akan menentang pemain kelayakan dari Slovakia, Lukas Lacko di pusingan kedua selepas mengejutka­n pilihan kelapan kejohanan, Gael Monfils dari Perancis 6-4 dan 6-4.

Pemain dari Jepun, Kei Nishikori akan menentang Sebastian Korda dari Amerika Syarikat selepas menewaskan Ricardas Berankis 6-3, 2-6 dan 6-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia