Utusan Borneo (Sarawak)

Murray melangkah ke pusingan kedua Kejohanan ATP Queens

-

LONDON: Andy Murray meraikan kemenangan pada kepulangan­nya ke sukan tenis pada Selasa, melangkah selesa ke pusingan kedua kejohanan di Queens dengan menewaskan pemain dari Perancis, Benoit Paire 6-3 dan 6-2.

Juara lima kali kejohanan itu menerima penyertaan wildcard untuk kejohanan ATP di London ini, kejohanan perseorang­an pertama beliau sejak bulan Mac tetapi memerlukan hanya 64 minit untuk mencapai kemenangan.

Murray juga bermain perlawanan perseorang­an pertama beliau di permukaan rumput sejak 2018 – di mana beliau pernah memenangi acara bergu di sini bersama Feliciano Lopez pada 2019.

Pemain berusia 34 tahun dari Scotland itu, yang mengalami kecederaan pangkal paha sebelum ini, mengharung­i debaran awal apabila ketinggala­n pada awal permainan.

Namun bekas pemain nombor satu dunia itu berjaya bangkit dan selepas itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Paire.

Murray, yang diselubung­i kecederaan demi kecederaan sejak beberapa tahun, mengakui selepas perlawanan bahawa masalah di pangkal paha ada menyebabka­n beliau tidak selesa tetapi ia tidak menjejaska­n permainann­ya.

“Saya suka bermain tenis,” kata beliau semasa temu bual dalam gelanggang. “Sememangny­a bertanding dalam gelanggang adalah kenapa anda bekerja-keras dalam latihan.

“Dalam beberapa tahun terakhir, saya tidak dapat melakukan apa yang sangat suka, jadi ia sememangny­a hebat untuk berada di sini dan bertanding sekali lagi.

“Badan saya sudah tua, tetapi saya melakukan agak baik dari segi pergerakan saya hari ini.” Murray, juara tiga kejohanan Grand Slam, tercicir ke ranking ke-124 dunia ketika ini dan berkata beliau sangat teruja untuk kembali ke gelanggang.

“Ada keraguan dan sebagainya sebelum memasuki gelanggang tetapi selepas awal permainan, ia adalah kurang tentang badan dan pemikiran anda, ia lebih tentang permainan dan cuba untuk menang,” kata beliau.

Di pusingan kedua, Murray akan bertemu dengan pemain ranking kesembilan dunia, yang juga pilihan pertama kejohanan, Matteo Berrettini dari Itali.

Berrettini menewaskan rakan senegarany­a, Stefano Travaglia pada dua permainan tiebreak.

“Ia pastinya ujian yang hebat bagi saya,” kata Murray. “Berrettini adalah pemain hebat dan beliau beraksi dengan memberangs­angkan di Terbuka Perancis sebelum ini.”

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERBISA: Murray beraksi menentang Paire pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan ATP Queens di London.
— Gambar AFP MASIH BERBISA: Murray beraksi menentang Paire pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan ATP Queens di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia