Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool dibenarkan untuk naik taraf Anfield

-

LONDON: Kelab Liverpool telah diberikan kebenaran untuk menaik taraf Stadium Anfield dengan kapasiti tambahan 7,000 kerusi, menjadikan jumlah keseluruha­n tempat duduk di stadium bersejarah itu lebih kepada 61,000.

Perancang pembinaan majlis bandar raya Liverpool, mengundi menyokong pembanguna­n semula bahagian Road Stand di Anfield pada Selasa, walaupun kebimbanga­n disuarakan oleh penduduk dan kumpulan alam sekitar tentang impak ke atas kawasan berhampira­n Stanley Park.

Projek itu dijangka siap pada 2023.

“Ini adalah mercu tanda penting dalam perjalanan kami untuk membawa lebih ramai penyokong ke Anfield,” kata pengarah urusan Liverpool, Andy Hughes.

“Kami melakukan tempoh rundingan awam dua peringkat semasa proses perancanga­n untuk projek ini dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang menawarkan sumbangan mereka.”

Liverpool juga mengumumka­n pada Selasa bahawa mereka akan memasang rel keselamata­n di dua kawasan dalam stadium untuk tempoh percubaan 12 bulan.

Di kawasan tempat duduk diberi nama Kop dan Road Stand, sejumlah 7,800 tempat duduk akan dikemaskin­i dalam percubaan ini.

Kelab menegaskan kawasan itu bukan zon selamat berdiri tetapi satu langkah keselamata­n tambahan untuk menangani risiko penyokong sentiasa berdiri sepanjang perlawanan.

“Anfield akan kekal stadium dengan kapasiti tempat duduk keseluruha­nnya dan kawasan percubaan dengan kerusi baharu dan rel keselamata­n adalah bukan zon ‘selamat berdiri’,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

“Rekaan membolehka­n penyokong untuk berdiri pada saat penting dalam perlawanan, seperti meraikan gol tetapi harus kembali duduk sepanjang masa lain.”

 ?? — Gambar AFP ?? BAKAL BERUBAH: Satu perlawanan EPL yang dilangsung­kan di Stadium Anfield.
— Gambar AFP BAKAL BERUBAH: Satu perlawanan EPL yang dilangsung­kan di Stadium Anfield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia