Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kelibat atlet pecut negara di Kazakhstan

-

KUALA LUMPUR: Hasrat dua jaguh pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi untuk menyertai Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan pertengaha­n bulan ini, tidak kesampaian selepas ‘disekat’ untuk berlepas ke sana dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S.M. Muthu memberitah­u kedua-dua atlet berkenaan tidak dibenarkan berlepas ke negara tersebut selepas Muhammad Haiqal disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata situasi itu menyebabka­n Khairul Hafiz turut terlepas peluang ke Kazakhstan untuk menyertai kejohanan berkenaan dari 19 hingga 20 Jun ini, selepas menjadi kontak rapat kepada Muhammad Haiqal walaupun keputusan ujian calitannya negatif virus berkenaan.

Muhammad Haiqal dijangka beraksi dalam acara 100 meter (m) manakala Khairul Hafiz pula bersaing untuk 200m.

Perkembang­an terbaharu itu menyaksika­n hanya tujuh atlet yang akan mewakili negara iaitu Lee Hup Wei (lompat tinggi), Andre Anura Anuar (lompat jauh), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Connie Chu (lempar cakera), Yap Sean Yee (lompat tinggi), Jonathan Nyepa (100m) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110 meter berpagar). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia