Utusan Borneo (Sarawak)

Euro 2020: Jerman beri Perancis tiga mata ‘percuma’

-

MUNICH: Gol sendiri Mats Hummels sudah memadai untuk memberikan kemenangan tipis Perancis ke atas Jerman pada Selasa ketika juara dunia itu memulakan kempen Euro 2020 dengan kemenangan yang berlangsun­g di Munich.

Hummels tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-20, yang akhirnya menjadi gol tunggal perlawanan.

Perancis juga melihat gol Kylian Mbappe dan Karim Benzema dalam separuh masa kedua tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid selain satu cubaan Adrien Rabiot terkena palang.

“Ia adalah pertemuan yang sepatutnya berlaku di separuh akhir atau final, jadi untuk mengutip tiga mata dari perlawanan ini adalah sangat penting,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Kami bermain perlawanan hebat menentang pasukan Jerman yang bagus, tetapi kami berada pada tahap yang sama dan kemenangan ini memberikan kelebihan kepada kami.”

Keputusan ini meletakkan Perancis di tangga kedua Kumpulan F dengan perbezaan gol berbanding pendahulu kumpulan, Portugal, yang membelasah Hungary 3-0 pada perlawanan awal di Budapest.

Kekalahan buat Jerman menambah tekanan menjelang perlawanan kedua menentang juara bertahan kejohanan, Portugal pada Sabtu, yang juga akan berlangsun­g di Stadium Allianz Arena.

“Ia perlawanan yang sangat hebat,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. “Kami bersaing sehingga ke akhirnya dan saya tidak dapat menyalahka­n pasukan, mereka memberikan segala-galanya.

“Apa yang hilang ialah penyudah peluang. Kami tidak mempunyai cukup kekuatan di situ.”

Beliau juga enggan menyalahka­n Hummels di atas gol sendiri itu dan berkata: “Tidak perlu bercakap dengan Mats tentang gol sendiri. Ia sudah sangat sukar untuk beliau.”

Loew, yang akan melepaskan jawatannya selepas kejohanan ini, terdesak untuk mengelak nasib yang sama seperti pada Piala Dunia 2018 apabila Jerman gagal melangkah ke pusingan kedua dan berada di tangga tercorot kumpulan.

Ia adalah malam yang amat mengecewak­an buat Hummels, yang kembali semula ke skuad Jerman selepas dua tahun disisihkan dari bola sepak antarabang­sa.

Tujuh tahun yang lalu, gol tandukan beliau yang menyingkir­kan Perancis di suku akhir Piala Dunia 2014 ketika Jerman akhirnya muncul juara dunia di Brazil. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Babak aksi perlawanan Euro 2020 di antara Jerman dan Perancis yang berlangsun­g di Allianz Arena, Munich.
— Gambar AFP HANGAT: Babak aksi perlawanan Euro 2020 di antara Jerman dan Perancis yang berlangsun­g di Allianz Arena, Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia