Utusan Borneo (Sarawak)

Morata sambung tempoh pinjaman bersama Juventus

-

MILAN: Penyerang antarabang­sa Sepanyol, Alvaro Morata, melanjutka­n tempoh pinjaman beliau bersama Juventus dari kelab asal, Atletico Madrid sehingga akhir musim hadapan, menurut pengesahan kelab Serie A Itali itu pada Selasa.

“Morata melanjutka­n perjanjian pinjaman dan akan menyarung jersi hitam dan putih sehingga 30 Jun 2022,” kata Juventus dalam satu kenyataan.

Morata kembali ke Juventus pada bulan September selepas pernah bermain bersama kelab gergasi bola sepak Itali itu ketika di bawah kendalian Massimilia­no Allegri di antara 2014 dan 2016.

Pada musim lepas, penyerang berusia 28 tahun itu menjaringk­an 20 gol dalam semua pertanding­an, jumlah gol terbanyak beliau dalam satu musim.

Beliau juga mempunyai umpanan gol terbaik musim lepas dengan 11 umpanan, yang turut dicapai ketika bersama Juventus pada musim 2015/2016.

Secara keseluruha­nnya, beliau menjaringk­an 47 gol dalam 137 penampilan bersama Juventus.

Morata memenangi Serie A Itali sebanyak dua kali sepanjang penggal pertama di Juventus apabila beliau bermain untuk satu musim bersamasam­a Andrea Pirlo.

Morata juga memenangi dua kejuaraan domestik berturut-turut sebelum menyertai Real Madrid, Chelsea dan kemudian Atletico Madrid.

Penguasaan Juventus sembilan tahun berturut-turut dalam Serie A Itali berakhir musim lepas apabila hanya menamatkan musim di tangga keempat, yang dimenangi oleh Inter Milan.

Juventus bagaimanap­un memenangi Piala Itali dan Piala Super Itali. — AFP

 ??  ?? MORATA
MORATA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia