COVID-19: 11 lagi lokaliti diarah jalani PKPD
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 11 lokaliti di negeri ini berkuat kuasa antara 15 Julai dan 1 Ogos ini.
PKPD ini membabitkan lapan rumah panjang di Bintulu, Meradong dan Sarikei serta tiga kampung di Kuching iaitu Kampung Astana Lot, Kampung Sungai Bedil dan Kampung Seratau.
“Rumah panjang terlibat ialah Rh Dayang Anak Serang, Batu 34, Jalan Bintulu-Miri, Rh Enbau Anak Anting, Sungai Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau dan Rh Radin Anak Jelemin, Sg Entajum, Sangan, Tatau masing-masing di Bintulu.
“Turut dikenakan PKPD Rh Sap, Sg Tulai, Bintangor dan Rh Anthony, Sg Merah Dayu, Bintangor masing-masing di Meradong serta Rh Ningkan, Sg Paloh, Rh Brinau, Sg. Baron dan Rh Maja, Sg Baron masing-masing di Sarikei,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Sunny Corp, Sungai Annau di Tatau, Kuarters Pekerja Jejalong Palm Oil Mill, Tubau diSebauh, Rh Isa AnakNyawaidanRhBanyangAnak Ngalai, Sungai Sekabang Sibuti di Miri ditamatkan semalam.
Manakala PKPD di Skim Penempatan Semula Nanga Tada di Kanowit dan Rh Nyandang Sg Rayah, Jalan KJD, Meradong ditamatkan hari ini.
Mengenai laporan notis kompaun pula, polis Sarawak mengeluarkan 18 kompaun di Kuching (6), Sibu (6), Lawas (2), Padawan (2) dan Bintulu (2) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengeluarkan lima kompaun di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (2), Majlis Daerah Serian (2) dan satu di Majlis Daerah Bau.
Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis setakat ini ialah 9,332 manakala jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan kementerian tersebut ialah 1,313.