Sambut Aidiladha dengan waspada
Umat Islam perlu ikut SOP, varian Delta agresif dan mampu merebak dengan pantas
KUCHING: Masyarakat di negeri ini terutamanya umat Islam diminta supaya mengambil langkah berhati-hati semasa menyambut Hari Raya Aidiladha akan datang.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia susulan kemunculan varian Delta di Sarawak yang lebih agresif dan mampu berjangkit dengan pantas.
“Dalam menyambut Hari Raya Aidiladha juga, umat Islam masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
“Jika ada yang balik kampung diminta mematuhi peraturan ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya kelmarin ketika diminta mengulas mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak.
Dr Abdul Rahman yang
“Kita dimaklumkan mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak. Ia lebih agresif dan kita khuatir varian ini merebak dan mendatangkan masalah ” baharu.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU)
juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, orang ramai diingatkan untuk mengelak melakukan pergerakan rentas daerah sekiranya tiada keperluan kerana dibimbangi boleh meningkatkan penularan pandemik COVID-19.
“Kita dimaklumkan mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak.
“Ia lebih agresif dan kita khuatir varian ini merebak dan mendatangkan masalah baharu,” katanya.
Beliau berkata, adalah lebih baik untuk kekal di kediaman masing-masing dan elakkan melakukan pergerakan tidak penting.
Pada Selasa, Sarawak mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.
Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS Profesor Dr David Perera berkata, kehadiran varian Delta itu sudah dimaklumkan menerusi laporan kepada kepada Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Dengan penambahan 16 kes baharu, setakat ini 17 kes melibatkan varian Delta dikesan di Sarawak yang mana kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dilaporkan pada 8 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan.