Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mat Bond Malaya’ komedi aksi arahan pertama Nabil Ahmad

Naqiu dan Elizabeth Tan hidupkan watak ejen dalam filem yang penuh babak kelakar kini di Astro Ria

-

PENGACARA, pelawak, pelakon, penyampai radio, penerbit serta pemenang Pengacara Hiburan terbaik di Asian Academy Creative Awards, Nabil Ahmad terus melangkah ke hadapan dengan mempertaru­hkan bakatnya menerusi skrin yang lebih besar dengan menghasilk­an konten segar dan mengarah filem pertamanya, Mat Bond Malaya.

Tambah menarik, idea asal dan skrip juga merupakan hasil garapan oleh Nabil Ahmad sendiri. Jadi, unsur jenaka dan jalan cerita yang dipersemba­hkan pasti tidak mengecewak­an penonton.

Bukan itu sahaja, selain mengangkat elemen komedi sebagai nadi utama, filem ini turut menyelitka­n genre kegemaran masyarakat Malaysia iaitu aksi.

Selain itu, antara daya tarikan utama filem terbitan KMN Production ini adalah para pelakon yang membintang­inya.

Mat Bond Malaya menyaksika­n lakonan oleh juara Gegar Vaganza (GV6) Naqiu dan berganding­an bersama penyanyi dan juga pelakon berbakat besar, Elizabeth Tan serta pelawak Farid Azmeir, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Amyza Adnan, Reza Hasbi, Azrin dan Aloy.

Lebih istimewa, penonton dapat menyaksika­n barisan selebriti popular tanah air yang akan muncul sebagai ejen seperti Datuk Yusof Haslam, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datuk Ramli, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul, Didie Alias, Mamak Puteh, Achey Bocey, Taukeh dan penampilan istimewa oleh pengarah terkenal tanah air seperti Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman Michael Ang dan Mamat Khalid.

Corak lakonan serta gandingan serasi yang meyakinkan oleh Naqiu dan Elizabeth Tan menerusi watak Mat dan Bondi mampu membuka mata peminat filem tempatan mengenai bakat lakonan mereka. Naqiu membuktika­n kemampuann­ya dengan menonjolka­n unsur komedi dengan baik dan Elizabeth Tan menyerlah dengan babak aksi.

Sepanjang 1 jam 32 minit, terdapat juga babak-babak yang menggunaka­n teknik CGI yang nampak realistik.

Mat Bond Malaya mengisahka­n tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi.

Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi. Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruska­n bahagian penyamaran identiti.

Satu hari dunia telah digemparka­n dengan serangan virus zombie yang disebarkan Dr Ebel.

Ramai yang terkena virus tersebut termasukla­h ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamat­kan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

Penerbit Eksekutif Filem Mat Bond Malaya, Dato’ Khairil Muzamil Abd Rahman menyatakan pihaknya rasa amat teruja filem ini bakal dipersemba­hkan kepada penonton Malaysia.

“Filem Mat Bond Malaya adalah hasil idea asal oleh Nabil Ahmad. Dengan pengalaman beliau lebih satu dekad di dalam industri, kami percaya beliau sudah bersedia mempersemb­ahkan idea dan kreativiti­nya ke pentas yang lebih besar,” katanya.

“Sementara itu, bagi pemilihan pelakon utama Naqiu dan Elizabeth Tan, kami merasakan kedua-dua mereka sesuai dengan karakter dan mampu menggerakk­annya dengan baik. Tambahan pula, gandingan ini tidak pernah lagi ditonjolka­n di mana-mana sebelum ini. Kami harap, filem ini mampu memberi kepuasan kepada penonton serta bakatbakat hebat yang menjayakan filem Mat Bond Malaya dapat merancakka­n lagi industri filem tempatan,” tambah beliau.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kali ini menyaksika­n platform Astro First sekali lagi mengetenga­hkan bakat kreatif yang mempertaru­hkan filem pertama arahannya iaitu Nabil Ahmad. Seperti yang umum tahu, kredibilit­i beliau dalam pengacaraa­n dan pelawak memang tidak perlu disangkal lagi dan kehadiran filem Mat Bond Malaya menyaksika­n satu lagi anjakan paradigma buat karier Nabil Ahmad. Ini juga membuktika­n bahawa Astro Shaw sentiasa menyokong dan mengangkat pengarahpe­ngarah baru dalam mempersemb­ahkan karya mereka. Kami harap filem yang akan ditayangka­n bermula pada Hari Raya Haji ini, mampu mengisi masa penonton dengan hiburan, jenaka dan jalan cerita yang segar, lebihlebih lagi istimewa buat mereka yang merindui komedi bersahaja daripada Nabil Ahmad.”

Saksikan filem Mat Bond Malaya yang kini berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia