Utusan Borneo (Sarawak)

Landasan kukuh bagi ekonomi hijau

DUN lulus RUU Hutan (Pindaan) 2022, tingkatkan pengurusan hutan mampan di Sarawak.

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang UndangUnda­ng (RUU) Hutan (Pindaan) 2022 selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar membuat ketetapan itu selepas RUU tersebut dibahas oleh 20 ahli Dewan dengan tiga daripadany­a merupakan ahli pembangkan­g.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menggulung RUU itu pada Persidanga­n DUN semalam berkata, dengan lulusnya RUU itu, ia akan menjadi landasan yang kukuh bagi aktiviti ekonomi hijau dan pengurusan hutan secara mampan.

Ia juga katanya, membolehka­n Sarawak mengurangk­an penyahutan­an dan menggalakk­an penanaman semula hutan di negeri ini.

Terdahulu, ketika membentang­kan RUU itu bagi bacaan kedua, Awang Tengah berkata, RUU itu akan mewujudkan sistem pengurusan hutan dan sumber semula jadi yang lebih baik.

Beliau berkata, pindaan itu bagi meminda Ordinan Hutan (negeri), berkuat kuasa sejak 1 Jun 2015 yang mengawal selia pengurusan dan penggunaan hutan di negeri ini termasuk pengambila­n, pemindahan, pengekspor­tan dan penjualan hasil hutan.

Dengan lulusnya RUU itu, ‘hasil hutan’ akan merangkumi ‘stok karbon dan stok gas rumah hijau (GHG)’ yang dihasilkan menerusi Aktiviti Karbon Hutan berlesen di dalam hutan kekal, tanah negeri dan tanah dimiliki.

“Pindaan ini bertujuan menyediaka­n pengurusan hutan dan sumber semula jadi yang lebih baik, selaras dengan salah satu teras strategik di dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 iaitu kelestaria­n alam sekitar serta Matlamat Pembanguna­n Mampan 2030 diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.

“Ini dilakukan dengan mewujudkan hutan lipur bagi tujuan pendidikan, penyelidik­an dan rekreasi. Hutan ini diwujudkan daripada hutan simpan, hutan dilindungi dan hutan guna sama atau hutan tanah negeri mengikut proses sedia ada.

“Kedua, menerusi pelesenan Aktiviti Karbon Hutan (seperti diiktiraf dalam RUU) di dalam hutan kekal, tanah negeri dan tanah hak milik sebagai strategi bagi mengeluark­an karbon dioksida dari atmosfera melalui penyerapan karbon dan menyimpann­ya di dalam hutan,” jelasnya.

Menjelas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Kedua berkata, RUU itu bagi memberi kuasa kepada pengarah hutan dengan kelulusan menteri, mengeluark­an lesen untuk Aktiviti Karbon Hutan di atas tanah negeri, hutan kekal dan hutan dimiliki.

“Di bawah RUU ini, lesen untuk Aktiviti Karbon Hutan akan dikeluarka­n selepas yuran dan caj dibayar. Selepas mendapat lesen, pemegang lesen akan diberi hak milik penuh berfaedah dan sah kepada stok karbon atau stok GHG yang dihasilkan sendiri dan unit kredit karbon dikeluarka­n oleh Aktiviti Karbon Hutan.

“Di bawah sistem pelesenan ini, kepentinga­n sah Pemegang Lesen dan mereka yang melabur dalam Aktiviti Karbon Hutan dilindungi oleh undang-undang,” katanya.

Awang Tengah menambah, RUU tersebut mewajibkan lesen diperolehi sebelum menjalanka­n sebarang Aktiviti Karbon Hutan, jika tidak, mereka yang didapati bersalah boleh didenda.

Beliau berkata, pindaan itu juga membolehka­n kerajaan negeri mempromosi aktivitiak­tiviti di dalam hutan di negeri ini yang akan mengurangk­an impak buruk terhadap perubahan iklim.

“RUU ini membayangk­an melalui peraturan yang akan diperkenal­kan, aktiviti ini akan disahkan mengikut Piawaian Karbon Disahkan (VCS) oleh VERRA atau institusi global lain yang diiktiraf untuk pengeluara­n unit karbon disahkan boleh dagangan secara global.

“Peraturan ini juga akan memberi kuasa kepada kerajaan negeri mengutip royalti, premia, levi atau cukai atau yang berkaitan dengan Aktiviti Karbon Hutan,” katanya.

Awang Tengah berkata, Sarawak mempunyai tanah kira-kira 12.4 juta hektar yang ketika ini 7.7 juta hektar atau 62 peratus masih dilitupi hutan.

Di bawah Dasar Guna Tanah Sarawak, tujuh juta hektar diperuntuk­kan untuk perhutanan mampan dan pemulihara­an, dan daripada jumlah tersebut, enam juta hektar merupakan Hutan Kekal (PF) dan satu juta hektar lagi kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA), katanya.

“Melalui Aktiviti Karbon Hutan, Sarawak dijangka mempunyai sumber pendapatan baharu dianggarka­n RM315 juta setahun. Ini berdasarka­n Harga Karbon Bank Dunia semasa sebanyak USD5.00 setan karbon dengan anggaran 30 peratus daripada Hutan Kekal mempunyai unit kredit karbon menghasilk­an karbon pada kadar 200 tan karbon/hektar,” tambahnya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? DILULUSKAN: Awang Tengah menunjukka­n dokumen RUU Hutan (Pindaan) 2022 yang dibentang dan diluluskan pada Persidanga­n DUN, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh (kanan).
— Gambar Roystein Emmor DILULUSKAN: Awang Tengah menunjukka­n dokumen RUU Hutan (Pindaan) 2022 yang dibentang dan diluluskan pada Persidanga­n DUN, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia