Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Persekutua­n kekalkan keputusan lepas dan bebas Hang Tsyr

-

KUCHING: Ling Hang Tsyr kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan bersubahat membunuh suaminya, Wong Jing Kui, yang merupakan seorang pengurus bank di Sibu, selepas Mahkamah Persekutua­n di sini mengekalka­n keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaska­nnya pada 2019.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n dipengerus­ikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan terhadap wanita berusia 41 itu, semalam.

Sidang panel tiga hakim itu dalam keputusann­ya bersetuju dengan penghakima­n Mahkamah Rayuan pada 2019 dan berpendapa­t mahkamah itu tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam memberikan keputusann­ya.

Menurut mereka juga, semua bukti hanya dikemukaka­n berdasarka­n keterangan keadaan dan tiada bukti kukuh menunjukka­n Hang Tsyr mempunyai motif dan merancang pembunuhan itu bersama Andrew Tiong King Guan, 36.

Selain itu, tiada bukti dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan atau sebarang rancangan yang diatur terlebih dahulu membabitka­n Hang Tsyr dan Andrew.

Malah, mahkamah mendapati pembunuh upahan, juga pesalah utama, Ling Hoe Ing, 33, didapati tidak mengenali Hang Tsyr, mahupun berkomunik­asi atau berjumpa dengannya.

“Dalam penghakima­n kami, walaupun keterangan yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan menimbulka­n syak wasangka bahawa responden (Hang Tsyr) terlibat dalam pembunuhan tersebut, syak wasangka itu bukan bukti.

“Ia tidak boleh dinamakan sebagai asas untuk mensabitka­n responden atas pertuduhan itu. Justeru, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepik­an sabitan Mahkamah Tinggi adalah betul.

“Kami bersetuju bahawa sabitan mahkamah terdahulu (hukuman gantung sampai mati) adalah tidak selamat. Kami dengan sewajarnya menolak rayuan pendakwaan,” ujar Tan Sri Azahar.

Terdahulu pada 8 Oktober 2019, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaska­n Hang Tsyr daripada pertuduhan membunuh Wong susulan tiada bukti langsung yang dapat mengaitkan wanita itu mempunyai niat dan bersekongk­ol dengan Andrew seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Susulan itu, pihak pendakwaan semalam membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Hang Tsyr dan teman lelakinya, Andrew, didakwa membunuh suaminya di kediaman mereka di Jalan Ulu Sungai Merah pada 14 Jun 2012, jam 1.30 pagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Norcahaya Arshad kemudian menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap Hang Tsyr pada 27 Oktober 2017 selepas dia didapati bersalah serta bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Andrew bagaimanap­un sehingga kini masih tidak dapat dikesan.

Selain itu, Hang Tsyr dan Andrew juga didakwa bersubahat dengan seorang pembunuh upahan, juga pesalah utama, Hoe Ing.

Hoe Ing bagaimanap­un didakwa di bawah tuduhan alternatif di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan menyebabka­n kematian tanpa niat untuk membunuh.

Dia kemudianny­a menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas dia mengaku bersalah pada 1 Oktober 2013.

Laporan patologi mengesahka­n bahawa Wong meninggal dunia akibat tikaman dan luka di dada, leher dan perut serta di kedua-dua lengannya.

Polis menjumpai mangsa di bilik tidurnya dan hanya isteri serta anak lelakinya berada di rumah ketika itu.

Anaknya yang berusia 13 tahun itu kini berada di bawah jagaan keluarga Hang Tsyr.

Hang Tsyr diwakili peguam Roger Chin dan Lim Heng Choo.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, DPP Nahra Dollah dan DPP Muhammad Azmi Mashud.

Turut kelihatan di Mahkamah Persekutua­n, peguam ahli keluarga Wong, Christina Teng.

 ?? ?? KEPUTUSAN KEKAL: Hang Tsyr (kiri) bersama Roger (tengah) dan Lim.
KEPUTUSAN KEKAL: Hang Tsyr (kiri) bersama Roger (tengah) dan Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia