Utusan Borneo (Sarawak)

Buda, Malvern hargai sokongan sehingga raih pingat Sukan SEA

Meskipun gagal raih emas, mereka tetap gembira bantu negara

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: “Pada mulanya saya begitu optimis untuk mendapat pingat emas namun saingan saya lebih baik daripada saya,” luah atlet bina badan negara, Buda Anchah apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.

Bagaimanap­un katanya, beliau tetap berpuas hati dan gembira mendapat pingat perak dalam acara kategori 70 kilogram (kg) pada temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Sarawak khasnya Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan di bawah Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Perbadanan Sukan Sarawak dalam membantu mempersiap­kan diri saya ke temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaa­n kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Snowdan Lawan yang turut sama membantu.

“Justeru, saya mengucapka­n ribuan terima kasih sebab sentiasa menyokong saya semasa membuat persediaan sehingga berjaya mencapai pingat,” katanya.

Sementara itu, Dr Malvern Abdullah turut menyatakan perasaan yang sama kerana

“Justeru, saya mengucapka­n ribuan terima kasih sebab sentiasa menyokong saya semasa membuat persediaan sehingga berjaya mencapai pingat.

Buda Anchah Atlet bina badan negara

berjaya meraih pingat pada temasya sukan berkenaan.

“Walaupun hanya gangsa dan pada asalnya, memang kita mahukan yang terbaik tetapi saingan kita lebih kuat.

“Bagaimanap­un, saya gembira dapat pingat gangsa dalam kategori 65kg dan juga satu lagi pingat gangsa daripada ‘mix pair’.

“Saya juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Datuk Wee Hong Seng, Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan, menteri kita dan SSC yang banyak membantu dan menguruska­n urusan pentadbira­n bantuan dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaa­n kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sering memberi restu kepadanya pergi bertanding dan berkecimpu­ng dalam bidang yang diminati.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KEBANGGAAN: Buda (kanan) dan Malvern menunjukka­n pingat yang berjaya dirangkul semasa temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi, Vietnam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KEBANGGAAN: Buda (kanan) dan Malvern menunjukka­n pingat yang berjaya dirangkul semasa temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi, Vietnam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia