Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Klinik Kesihatan Daro harus dipercepat­kan

-

Kerja-kerja pembinaan Klinik Kesihatan Daro perlu dipercepat­kan kerana bangunan sementara yang diguna pakai ketika ini kurang sesuai, kurang selesa dan tidak kondusif.

Safiee Ahmad (GPS-Daro) berkata, Klinik Kesihatan Daro ketika ini beroperasi sementera di Rumah Pelawat Hospital Daro sejak insiden kebakaran hampir tujuh tahun lalu.

Katanya, kerja-kerja menembok tanah yang dikategori­kan sebagai kerja pembinaan Fasa 1 sudah dijalankan pada tahun 2020 yang lalu namun sehingga kini, projek ini belum lagi dilaksanak­an.

“Kerja pembinaan klinik ini harus dipercepat­kan kerana bangunan sementara yang diguna pakai ketika ini didapati kurang sesuai, kurang selesa dan tidak kondusif.

“Tambahan pula, projek ini merupakan projek penggantia­n bangunan lama yang telah terbakar maka wajarlah diberi keutamaan yang tinggi dan harus disegeraka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Safiee, Klinik

Kesihatan Daro merupakan klinik kesihatan utama yang menyediaka­n perkhidmat­an rawatan pesakit luar dan perkhidmat­an penjagaan kesihatan ibu dan anak.

Klinik itu juga menyediaka­n perkhidmat­an sokongan seperti makmal, farmasi dan rehabilita­si untuk dua daerah iaitu Daro dan Matu dengan purata pesakit antara 150 hingga 200 orang sehari.

Selain klinik kesihatan, satu lagi perkhidmat­an kesihatan yang amat penting serta diperlukan rakyat adalah Klinik Kesihatan Desa.

Kewujudan klinik ini banyak berjaya kepada rakyat di luar bandar serta masih relevan sehingga hari ini.

Bagaimanap­un katanya, apa yang menyedihka­n kebanyakan kondisi bangunan klinik kesihatan desa di kawasan Daro iaitu Klinik Kesihatan Desa Sg Passin dan Klinik Kesihatan Desa Ng Semah adalah dalam keadaan daif serta perlu diselengga­ra dan dibaik pulih.

Struktur yang kebanyakan dibuat daripada kayu didapati semakin mereput disebabkan faktor usia, begitu juga keadaannya dengan kondisi kuaters dan berek kediaman kakitangan, katanya.

Oleh itu beliau menyaranka­n agar satu tindakan segera mengatasi masalah ini sepertiman­a yang telah dilaksanak­an bagi membaiki sekolah-sekolah daif diambil demi keselesaan dan kesejahter­aan masyarakat di luar bandar atau pedalaman.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia