Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahim gesa pusat inkubasi ditubuh di kawasan Satok

-

Datuk Ibrahim Baki (GPS-Satok) menggesa sebuah pusat inkubasi untuk generasi muda memulakan perniagaan atau digital ‘startup’ ditubuhkan di kawasan Satok.

Katanya, kawasan Satok dipenuhi dengan pejabat korporat, bank dan institusi kewangan yang lain, termasuk Bank Negara Malaysia

Tambahnya tidak lama lagi, dengan siapnya Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha, akan bermastaut­inlah pejabatpej­abat jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Melihat kepada masa hadapan, adalah perlu bagi modal insan di kawasan ini terus dibangunka­n untuk menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi setempat secara khususnya dan ekonomi Sarawak secara amnya.

“Dengan fokus kepada keusahawan­an yang inovatif yang kian dipelopori oleh generasi muda kini, adalah perlu untuk kita menyediaka­n satu pusat inkubasi bagi mereka memulakan perniagaan atau digital ‘start-up’ mereka.

“Ini penting untuk perniagaan mereka dikembangk­an ke tahap seterusnya dan untuk membantu menyelesai­kan isu peniaga yang tidak memiliki premis perniagaan untuk didaftarka­n,” katanya ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Atas Ucapan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidanga­n DUN, semalam.

Tambah Ibrahim, ia juga sejajar dengan matlamat Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 di mana Pembanguna­n Modal Insan merupakan salah satu daripada tujuh pemboleh ubah untuk membangunk­an sektor Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelanconga­n, Perhutanan, Perlombong­an dan Perkhidmat­an Sosial.

Pada masa sama katanya, dengan pertumbuha­n populasi di kawasan DUN berkenaan, ada keperluan untuk membangunk­an kawasan perumahan mampu milik baharu bagi menempatka­n penduduk dengan kos pemilikan rumah sedia ada yang melambung tinggi.

Katanya, ia termasuk melaksanak­an Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).

“Ahli Yang Berhormat Gedong, sewaktu mewakili DUN Satok, telah mengenal pasti kawasan Sungai Maong dan Segedup untuk membina kawasan perumahan mampu milik. Saya mohon agar pelaksanaa­nnya dapat disegeraka­n demi kepentinga­n rakyat di kawasan Satok.

“Dengan kawasan Satok berada di tengah bandar dan menjadi perantara bagi kawasan Petra Jaya dan bandar Kuching, sudah tentu juga salah satu masalah yang timbul adalah kesesakan lalu lintas. Ini terutamany­a ketika waktu puncak,” katanya.

Bagi mengelakka­n masalah ini berterusan dengan pembanguna­n yang pesat dan pertambaha­n lalu lintas, dan sebelum masalah ini menjadi kronik, beliau mencadangk­an agar pihak kerajaan meneliti keperluan bagi membina laluan susur bawah atau jejambat di kawasan-kawasanstr­ategikdan membina jambatan-jambatan untuk melicinkan aliran dan perjalanan trafik, selari dengan pelan menaik taraf pembanguna­n di kawasan Satok dan sekitarnya.

“Saya yakin projek-projek pembanguna­n yang telah direncanak­an serta projekproj­ek masa hadapan dapat dilaksanak­an dengan jayanya, dengan keharmonia­n dan kestabilan yang dinikmati oleh warga Satok.

“Saya percaya kawasan Satok, dengan penghuni dari pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah salah satu contoh perpaduan dan keharmonia­n di Sarawak. Saya berdoa dan harap nilai seperti bertolak ansur, hormat menghormat­i dapat kita kekalkan untuk generasi masa hadapan,” katanya.

 ?? ?? MAJUKAN SATOK: Ibrahim menunjukka­n teks ucapan sempena perbahasan Usul Penghargaa­n Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidanga­n DUN semalam.
MAJUKAN SATOK: Ibrahim menunjukka­n teks ucapan sempena perbahasan Usul Penghargaa­n Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia