Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dadah: Penganggur terlepas tali gantung, hukuman diganti penjara 17 tahun

-

KUCHING:Seorangpen­ganggur lelaki mampu bernafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutua­n di sini semalam menggantik­an hukuman tersebut dengan penjara 17 tahun atas kesalahan memiliki 855.8 gram dadah jenis syabu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n dipengerus­ikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan semalam sebulat suara mengetepik­an sabitan mahkamah terdahulu yang dibuat terhadap perayu, Lai Thai Leong, 33, di bawah Seksyen 39B.

Mahkamah sebaliknya menggantik­an sabitan tersebut dengan hukuman penjara 17 tahun mulai dari tarikh tangkap (12 Mei 2016), selain mengenakan sepuluh sebatan terhadap perayu.

Mahkamah ketika memberikan alasan ringkasnya semalam menetapkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah terdahulu atas kesalahan mengedar dadah hendaklah digantikan dengan kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12 ADB dibaca bersama Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Jelasnya juga, mahkamah tidak boleh menganggap bahawa perayu mempunyai kawalan dan pemilikan ke atas kotak yang mengandung­i dadah berkenaan.

Perayu terdahulun­ya didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 12 Mei 2016 di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada jam 11 pagi.

Difahamkan pada hari kejadian, lelaki berkenaan mengambil sebuah bungkusan daripada pejabat kurier sebelum ditahan oleh pihak polis.

Terdahulu pada 19 April 2018, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhka­n hukuman gantung mandatori terhadap perayu selepas dia disabitkan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Keputusan ini dikekalkan lagi semasa rayuan perayu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 22 Oktober 2019.

Susulan itu, perayu menerusi peguam Roger Chin, Osman Ibrahim, Ernie Natasha Azman dan Nur Atiqah Kulah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutua­n.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.

 ?? ?? HUKUMAN DIGANTI: Perayu keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.
HUKUMAN DIGANTI: Perayu keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia