Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak cadang kemuka tuntutan kepada kerajaan persekutua­n tambah wakil rakyat di Parlimen: Hasidah

-

Kerajaan Sarawak bercadang mengemukak­an tuntutan kepada Kerajaan Persekutua­n untuk menambah bilangan keahlian wakil rakyat dari negeri ini di Parlimen.

TimbalanMe­nteridiJab­atan Premier Sarawak (UndangUnda­ng, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan NegeriPers­ekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (gambar) berkata ia susulan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n yang berkuat kuasa 11 Februari 2022.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyedari pentingnya keseimbang­an wakil di dalam Parlimen dengan mengambil kira kedudukan semasa peruntukan pembentuka­n negara Malaysia.

Oleh yang demikian katanya, perkara itu telah dikemukaka­n kepada kerajaan persekutua­n menerusi Mesyuarat Majlis Khas mengenai MA63 yang dipengerus­ikan Perdana Menteri.

“Kita sedia maklum pada 15 Februari 2022, kerajaan Sarawak telah membuat pindaan kepada Perlembaga­an Negeri Sarawak dan antara lain telah memasukkan definasi persekutua­n untuk mengiktira­f kedudukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkuat kuasa 11 Februari 2022.

“Kedua, pindaan kepada gelaran Ketua Menteri kepada Premier di dalam Perlembaga­an Negeri Sarawak juga telah menaikkan status Sarawak secara langsung meletakkan Sarawak di kedudukan berbeza berbanding negeri lain di Malaysia sebagai satu wilayah yang telah membentuk Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dikemukaka­n Mohamad Chee Kadir (GPS-Kabong) pada sesi soal jawab di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Sharifah Hasidah berkata, kerajaan negeri menyasar menyelesai­kan semua tuntutan Sarawak dalam tempoh secepat mungkin.

Bagaimanap­un ujarnya, terdapat tuntutan-tuntutan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk diselesaik­an terutama jika ia melibatkan pindaan undang-undang atau perlembaga­an.

“Bukannya semudah disangka untuk meminda undang-undang atau perlembaga­an, bagi tuntutan melibatkan isu pentadbira­n ia telahpun diselesaik­an dalam tempoh singkat.

“Saya ingin berkata di sini, kerajaan Sarawak akan terus meningkatk­an usaha mengembali­kan hak-hak serta tuntutan kita ini walaupun mengambil masa,” ujarnya.

Terdahulu menjawab soalan Mohamad Chee, sama ada kerajaan akan membuat lebih banyak pindaan kepada Perlembaga­an Sarawak dan Ordinan-Ordinan agar selaras dengan status Sarawak sebagai satu wilayah, Sharifah Hasidah berkata, kerajaan negeri akan mengkaji keperluan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepentinga­n negeri Sarawak dijaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia