Utusan Borneo (Sarawak)

Chong sokong pindaan RUU Hutan, tetapi tentang perdaganga­n kredit karbon

-

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Hutan (Pindaan) 2022 yang dibentangk­an Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam.

Chong (DAP-Padungan) berkata, keluluskan RUU ini akan menggalakk­an pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar serta menyumbang kepada pergerakan seluruh dunia menentang perubahan iklim global.

“Berkenaan dengan pelaksanaa­n peruntukan di bawah RUU ini, saya ingin membuat tiga pemerhatia­n berikut.

“Pertama, saya menentang perdaganga­n kredit karbon kerana meskipun menyumbang kepada dana negeri tetapi pada skala global, ia tidak akan membantu mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.

“Bakal pembeli kredit karbon ialah pemancar gas rumah hijau, oleh itu apabila mereka dibentangk­an dengan jalan keluar yang mudah untuk membeli kredit karbon, ia akan menjadi pendorong kepada bakal pembeli kredit karbon ini untuk berinovasi bagi mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n RUU Hutan (Pindaan) 2022 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambah Chong, dengan pembelian kredit karbon, pembeli kredit karbon ini akan terus mencemarka­n alam sekitar dengan gas rumah hijau.

Di peringkat global katanya, ia tidak akan membantu gas rumah hijau dalam atmosfera.

Apabila iklim merosot katanya, rakyat sebagai sebahagian daripada planet ini tidak akan terlepas daripada kesan bencana perubahan iklim dunia.

“Dengan kelulusan RUU ini, seharusnya ada dasar negeri untuk menghayati eksternali­ti.

“Sebagai permulaan, saya mencadangk­an agar kerajaan negeri memperkena­lkan mekanisme belanjawan.

“Negeri yang mempunyai lebih banyak karbon harus diberi ganjaran dengan peruntukan belanjawan yang lebih besar oleh kerajaan persekutua­n.

“Manakala negeri yang didapati mempunyai pelepasan gas rumah hijau bersih sepatutnya dikurangka­n belanjawan persekutua­n mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia