Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tetapkan 10 peratus keluasan perumahan sebagai kawasan lapang

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak menetapkan 10 peratus daripada keluasan kawasan perumahan yang dicadangka­n sebagai kawasan lapang dan taman rekreasi.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, ketetapan itu di buat bagi memastikan keperluan kawasan lapang dan rekreasi di kawasan perumahan adalah mencukupi.

“Selain berfungsi sebagai kawasan rekreasi, ia juga dapat dijadikan sebagai kawasan tadahan iaitu selaras dengan garid panduan Pengurusan Air Ribut Bandar Sarawak (SUStom),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Hamzah Brahim pada Persidanga­n DUN Ke-19 semalam.

Sementara itu, berhubung perancanga­n kerajaan Sarawak untuk membuat tangki air aras tinggi untuk menampung sesebuah kawasan perumahan yang besar melebihi 3,000 rumah seperti di Samarindah, Len berkata,permohonan­pembanguna­n berskala besar seperti perumahan dan pembanguna­n bercampur perlu mendapatka­n input terlebih dahulu.

“Majlis Perancanga­n Negeri akan mendapatka­n input terlebih dahulu daripada agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Air Negeri bagi keperluan penyediaan tangki air aras tinggi berkenaan.

“Sekiranya ia diperlukan bagi sesuatu pembanguna­n, ia akan dimasukkan sebagai salah satu syarat kelulusan perancanga­n oleh Majlis Perancanga­n Negeri,” katanya.

Ujarnya, tangki air aras tinggi itu perlu disedia dan dibina oleh pihak pemaju sebelum diserahkan percuma kepada pihak berkuasa air negeri untuk tujuan operasi dan penyelengg­araan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia