Utusan Borneo (Sarawak)

Normalisas­i perdaganga­n di kawasan Tebedu-Entikong terus dibincang

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak dan persekutua­n akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan Indonesia bagi menormalis­asikan perdaganga­n rentas sempadan di kawasan Tebedu-Entikong.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, kerajaan Malaysia juga telah mencadangk­an kepada kerajaan Indonesia supaya membangunk­an kawasan sempadan termasuk kawasan Tebedu-Entikong.

“Sekiranya ini (membangunk­an kawasan) dapat dilaksanak­an, ia sekali gus menjadikan kawasan terbabit sebuah pusat pembanguna­n perdaganga­ndanaktivi­tiperindus­trian termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Selain itu, kerajaan Sarawak telah memenuhi permintaan kerajaan Indonesia untuk melebarkan jalan masuk sempadan dan membina semula pintu pagar dengan kos sebanyak RM2 juta bagi melicinkan pergerakan kenderaan kergo di sempadan,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada pada Persidanga­n DUN Ke-19, semalam.

Malcolm berkata, kerajaan persekutua­n juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS) Tebedu.

Pada masa sama katanya, kementeria­nnya akan terus mengadakan promosi bagi menarik pelaburan ke Sarawak termasuk di Estet Perindustr­ian Tebedu.

Berhubung permohonan pelabur di Estet Perindustr­ian Tebedu, Malcolm menjelaska­n kementeria­nnya telah menerima satu permohonan pelabur di Estet Perindustr­ian Tebedu dalam industri berasaskan kayu dengan jumlah RM22.3 juta.

“Ia dijangka dapat menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khasnya penduduk di kawasan Tebedu,” ujarnya.

 ?? ?? BANGUN SEMPADAN: Malcolm ketika menjawab pertanyaan ADUN Tebedu pada Persidanga­n DUN, semalam.
BANGUN SEMPADAN: Malcolm ketika menjawab pertanyaan ADUN Tebedu pada Persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia