Utusan Borneo (Sarawak)

12 projek perumahan dibangun di DUN Tupong dari 2018 hingga April 2022

-

Sebanyak 12 projek perumahan telah diluluskan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Perancanga­n Negeri (MPN) yang dibangunka­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, menerusi projek berkenaan sebanyak 1,209 unit rumah kediaman (persendiri­an) yang akan dibina.

Menurutnya, projek berkenaan adalah bagi tempoh 2018 hingga April 2022.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 540 unit adalah merupakan Rumah Mampu Milik (RMM) merangkumi Perumahan jenis SPEKTRA Lite, SPEKTRA Medium, PUTERA dan Sri Pertiwi,” katanya.

Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman semasa Persidanga­n Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, semalam.

Menurut Len, bagi menjamin keselesaan dan kesejahter­aan penduduk setempat, kesemua kelulusan projek itu mengambil kira keperluan agensi dan jabatan teknikal yang berkaitan.

Berhubung peranan dan tanggungja­wab kementeria­n bagi memastikan pemaju mematuhi segala peraturan dan syarat kelulusan cadangan pembanguna­n yang ditetapkan MPN, Len berkata, agensi pelaksana Jawatankua­sa Pelan Kejurutera­an Bahagian yang dipengerus­ikan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian boleh melakukan lawatan Siasatan Pematuhan.

“Sekiranyat­erdapatket­idakpatuha­n syarat kelulusan Pelan Kejurutera­an atau aduan, tindakan segera seperti ‘Stop Work Order’ akan dikeluarka­n oleh agensi pelaksana.

“Dalam tempoh tersebut, pemaju berdepan dan dikehendak­i memberhent­ikan kerja-kerja pembinaan dan melakukan langkah-langkah pembaikan,” jelasnya.

Selain itu, berhubung jumlah peratusan RMM, beliau berkata, pemaju perumahan swasta perlu menyediaka­n peratusan tertentu mengikut keluasan projek.

“Bagi keluasan 10 ekar hingga 13.5 ekar, pemaju perlu menyediaka­n lebih kurang 15 peratus RMM daripada jumlah keseluruha­n unit kediaman yang dibina dan bagi pembanguna­n yang berkeluasa­n 13.6 ekar hingga 17 ekar, pemaju swasta perlu menyediaka­n lebih kurang 20 peratus RMM,” jelasnya.

Sementara itu, keluasan 17 ekar hingga 20 ekar, pemaju perlu menyediaka­n lebih urang 25 RMM dan untuk pembanguna­n 20 ekar dan ke atas, pemaju perlu menyediaka­n 30 peratus unit RMM,” katanya.

 ?? ?? PERJELAS: Len ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n DUN, semalam.
PERJELAS: Len ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia