Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf Stadium Sukan Mini di Saratok dalam pertimbang­an

-

KUCHING: Perancanga­n untuk menaik taraf Stadium Sukan Mini di Saratok masih lagi dalam pertimbang­an Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, ini kerana perancanga­n itu tertakhluk kepada peruntukan yang diterima dan keperluan semasa.

Menurutnya, bagaimanap­un buat masa ini kerajaan belum mempunyai perancanga­n untuk menik taraf stadium berkenaan kepada kompleks sukan yang lengkap dengan sebuah dewan sukan tertutup dan kolam renang dalam masa terdekat.

“Namun, kita akan mempertimb­angkan perancanga­n berkenaan dari semasa ke semasa dan dan tertakluk kepada peruntukan dan keperluan semasa.

“Buat masa ini fasiliti yang terdapat di Saratok adalah Stadium Terbuka Saratok, manakala fasiliti yang terdapat di Bahagian Betong adalah Stadium Terbuka Betong, Dewan Rentap Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Padang RGC Beladin, Padang RGC Nanga Spak, Layar dan Padang Bola Sepak Kabong,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, semalam.

Sementara itu, berhubung permohonan pembinaan dewan sukan tertutup dan kolam renang dapat dikemukaka­n, Rentap berkata, pihaknya menerima permohonan yang dikemukaka­n untuk dipertimba­ngkan dan akan dirujuk kepada Unit Perancanga­n Ekonomi semasa Kajian Separuh Penggal untuk Rancangan Malaysia Ke-12.

Katanya, memandangk­an Pekan Saratok merupakan pusat pentadbira­n daerah, beliau berharap agar ADUN Kalaka dan ADUN Krian membuat perancanga­n secara holistik untuk pembanguna­n yang teratur khasnya untuk rakyat setempat.

 ?? ?? DIPERTIMBA­NG: Rentap ketika menjawab soalan ADUN Krian pada Persidanga­n DUN semalam.
DIPERTIMBA­NG: Rentap ketika menjawab soalan ADUN Krian pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia