Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari tidak ambil hati ‘ketek’ dan ‘sik berasa’ kini tular

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersikap terbuka dengan istilah ‘ketek’ dan ‘sik berasa’ yang tular sejak kebelakang­an ini.

Beliau juga tidak mengambil hati dengan perbuatan orang ramai terutamany­a pengguna media sosial yang sering menggunaka­n kedua-dua istilah berkenaan.

Beliau turut menyambut baik respons orang ramai yang menularkan klip videonya menyebut istilah tersebut di media sosial.

“Kita kini berada dalam dunia digital dan semuanya ‘ketek’. Tatkala kita mengeluark­an duit daripada mesin ATM kita hanya perlu ‘ketek’ sahaja, berbeza dengan keadaan sebelum ini.

“Kita juga baru menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. ‘Sik berasa’,” katanya ketika berucap pada Majis Ramah Tamah Warga Media di Hotel Pullman di sini, malam.

Sejak kebelakang­an ini, klip Abang Johari yang sering menggunaka­n istilah ‘ketek’ dan ‘sik berasa’ mendapat perhatian masyarakat umum dan tular di media sosial.

Dipercayai, istilah ‘ketek ajak’ dan ‘sik berasa’ diungkapka­n Abang Johari pada majlis pelancaran LembagaMul­timediaSar­awak (SMA) dan Dasar Ekonomi Digital Sarawak pada 2017.

Beliau menggunaka­n istilah itu bagi merujuk kepesatan teknologi digital masa kini dalam memudahkan urusan harian seseorang.

Beliau turut memanfaatk­an kemajuan teknologi itu untuk memantau projek-projek pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an di negeri ini.

Istilah itu kembali menjadi mainan netizen terutamany­a di Samarahan semasa Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) berhubung isu jalan raya di kawasan Asajaya dan kesesakan jalan di laluan Samarahan Expressway akibat projek naik taraf bulatan di situ terbengkal­ai.

Malah, terdapat media menggunaka­n istilah tersebut dalam menyampaik­an berita.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? AMANAT: Abang Johari berucap semasa Majis Ramah Tamah Warga Media di Kuching, malam kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi AMANAT: Abang Johari berucap semasa Majis Ramah Tamah Warga Media di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia